Youth Shaklee Skincare

Apabila semalam Mr. Hubby nak belikan make-up untuk diriku ini, pastue dia tanya nak beli sekali skincare ker? Maka aku jawab, eh, saya nak beli Youth Shaklee Skincare best tue aku cakap pada dia. Serius walaupun belum guna lagi produk skincare ini tapi aku sangat yakin dengan produk Shaklee. Hahaha, serius beb aku ini orang yang setia wei. hahaha.

Aku memang dah aim masa dedulu lagi Master Salwa selalu citer tentang Youth Shaklee Skincare ini. Al-maklum tengok testimoni dia serius sangat memberansangkan wei. Korang nak tengok testimoni best boleh tengok kat entry Master Salwa yang rajin nie. Layan testimoni kat Shaklee Youth Skincare Testimoni ini.Hahaha.

Apa yang aku suka, surely lah faktor 100% natural dan no parabens. Jangan main hentam kromo jer kalo nak sapu kat kulit muka nie wei. Bahaya kalo main sapu krim timbang kilo yang ramai apa yang produk tak ada KKM dan masukkan dalam botol lepas tue kita nie main tepek kat muka. Kononnya dalam masa 3 hari kulit putih gebu gebas, yang paling kronik side effectnya sayangku, boleh kena cancer kulit atau pun masalah buah pinggang cik kak oii. Janganlah main hentam tepek krim ntah apa-apa kat kulit korang tue. Nanti merana seumur hidup sebab nak dapatkan result cepat sangatlah kan. Lebih baik tepek bedak sejuk lagi selamat tau.

Nie nak cerita nie, haritue aku dengar satu pharmacist cerita pasal krim timbang kilo ini. Dia cakap ada yang tanya alah krim kan sapu kat kulit macam mana pulak boleh rosakkan buah pinggang kan? Ini jawapannya yer sayangku semua. Kulit muka ini sebahagiaan dari tubuh badan kita yer. Jadi semasa korang sapu krim tue kat kulit muka tue, merkuri dan segala mak nenek bahan kimia yang ada di dalam krim tersebut akan meresap pada liang roma kulit kita dan terus ke dalam tubuh kita. Haaa, itu sebab penting sangat cari ilmu korang oii, jaga dan sayanglah diri korang tue. Sebelum sakitlah kita beringat kan? Dah sakit payah wei.

Oklah dah membebel banyak pulak nie, kesimpulannya aku nak beli Youth Shaklee Skincare ini. Bulan March ini ada promosi, sesapa yang nak cuba mai ler roger. Hahaha, jom ler sesama kita cantik mulus dengan sihat bersama produk yang 100% natural dan tanpa parabens dan yang paling best dah terbukti berkesan. Ahaks. Oklah itu sahaja perkongsianku hari ini.

Jom bayangkan kita guna Youth Shaklee Skincare dan ianya menjadi satu rutin harian kita dan itulah cara kita mensyukuri kulit muka dan tubuh badan yang Allah berikan pada kita ini.Amin.

Love all of you so much.Cau cin cau. 🙂

Youth Shaklee Skincare2

Youth Shaklee Skincare
Youth Shaklee Skincare

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *