Toxic Stress Pembunuh Dalam Diam

Tahukah sahabat tentang Toxic Stress Pembunuh Dalam Diam?

Stress yang tidak dapat dikawal selia dan sentiasa berulang-ulang dan sentiasa mengggangu hidup anda sepanjang hidup dinamakan toxic stress.

Toxic stress boleh terjadi akibat trauma zaman kanak-kanak yang menghantui hidup anda antaranya Child Abuse, Sexual Abuse dan Child Neglect.

Akibat daripada kesan trauma ini, otak sentiasa menghantar signal stress pada diri dan menyebabkan kita selalu ketakutan, keresahan, kerisauan, ketidak tahuan, kekeliruan, rasa kosong dan rasa tidak yakin pada diri. Ini disebabkan otak kita sangat intelligent dan ianya ada satu mechanism yang sentiasa ada cara untuk protect diri kita.

Jadi apabila kita trigger akan trauma yang kita alami itu, kita akan mengeluarkan signal pada tubuh badan dan ianya dihantar ke brain kita dan dikategorikan sebagai stress dan ianya menjadikan tindak balas kita sama ada flight, fight dan freeze.

Process yang berulang-ulang ini terjadi sepanjang hidup selagi kita masih tidak bebas dari trauma yang kita alami. Impaknya adalah kita sangat susah untuk belajar, sangat susah untuk memahami, process pembelajaran kita sepanjang hidup akan terbantut dan kita menjadi seorang yang tidak berperasaan.

Akibat dari toxic stress yang berterusan ini juga ianya memberi impak pada fizikal kita. Maka mulalah penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, diabetes, cancer dan penyakit mental seperti depression, anxiety, insomnia dan penyakit alzheimer.

Jadi isunya sekarang adakah anda ingin berterusan hidup dalam trauma dan merasai semua perkara di atas ini?

Kuncinya ialah kita kenali dan akui yang kita perlukan solusi untuk keluar dari trauma kita ini.

Kehidupan adalah pilihan wahai sahabat. Saat kita sedar yang kita ada tanda-tanda seperti di atas, maka ianya adalah tanggungjawab kita untuk membantu diri kita keluar dari masalah yang akan memberi impak kepada keseluruhan hidup anda, baik dari segi fizikal, perhubungan suami isteri, kewangan, perhubungan dengan anak-anak dan juga komuniti.

Ada yang ingin dapatkan bantuan untuk masalah seperti di atas. Boleh contact saya untuk saya bantu anda keluar dari trauma yang akan mengembalikan balik kegembiraan, keseronokkan, kedamaian, ketenangan dan cinta dalam diri anda itu semula.

Bayangkan life with full of joy and love dan tiada lagi toxic stress akibat trauma menggangu hidupmu lagi.Pastinya indah kan?

Toxic Stress Pembunuh Dalam Diam
Toxic Stress Pembunuh Dalam Diam

#ehaticoach
#coachIzaBakar
#pelapisehaticoach
#ehaticoachmentoring
#diariseorangisteri
#releaseyourselffromtrauma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *