Tips Murah Rezeki

Tips murah rezeki. Hari ini Iza nak share topik yang super best ini. Semua orang nak dan suka kalo bab nak tingkatkan dan murahkan rezeki ini kan.

Oklah just nak share 2 tips sahaja hari ini.Tips yang sangat mudah dan simple jer tau.

  1. Bersyukur

Bersyukur ini penting sangat tau. Kita kena bersyukur sekecil-kecil nikmat ke sebesar-besar nikmatnya. Mulakan dengan nikmat diri sendiri. Syukur atas apa yang kita ada. Terima diri apa ada nya. Di kala kita bersyukur sudah pastinya Allah melipat gandakan rezeki kita kan.

2. Berkasih sayang

Ini pun tips mudah dan simple.Iyer berkasih sayang dengan semua. Berkasih sayang dengan Allah, ibu bapa, anak-anak, ahli keluarga dan semua sekeliling kita termasuklah semua ciptaan Allah yang lain jugak. Yang paling penting, berkasih sayang dengan diri sendiri dan Allah. Selagi kita tidak mampu beri kasih sayang pada diri kita, bagaimana kita nak berikan kasih sayang pada yang lain kan.

Seperti seorang guru Iza pernah berkata. Kita hanya boleh memberi apa yang kita ada. Jadi pentingnya kita bersyukur atas diri kita sendiri baru kita boleh sayang dan terima diri kita ini. Lagi banyak kasih sayang yang kita beri, lagi banyak banyaklah rezeki yang Allag berikan.

Jom kita amalkan 2 tips ini. Bersyukur dan berkasih sayang. Baliklah pada si pemberi rezeki Allah Taala yang Maha Memberi, Maha Penyayang dan Maha Memberi.😋

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *