Terapi Muzik Untuk Lembu

Hari ini dapat ilmu super best dan nak share dengan sahabat hati semua tentang Terapi Muzik Untuk Lembu.

Semasa shopping groceries di Cold Storage tadi terjumpa seorang abang yang kerja di bahagian yang menguruskan daging-daging di situ.

Banyak sangat ilmu yang beliau curahkan tadi. Katanya daging yang first class yang dihasilkan adalah oleh lembu yang mendengar music semasa penjagaannya. Semasa nak sembelih pun lembu itu dipengsankan di sembelih dengan penuh ketenangan.

Oleh kerana kehidupan lembu ini tenang dan ianya disembelihkan dalam keadaan yang tenang, daging yang dihasilkan olehnya sangat cantik dan tidak ada darah beku yang berkumpul di daging tersebut. Sebab itu daging ini agak mahal dan first class katanya.

Mendengar cerita abang ini, aku jadi excited you all. Bayangkan lembu dengar music untuk kekal tenang dan lembu ini dijaga dengan penuh kasih sayang. Siap dimandikan dan dibelai supaya lembu ini tak stress dan untuk menghasilkan daging lembu yang terbaik banyak langkah yang perlu dijaga dan diikuti procedurenya.

Best part nya, aku siap cakap Ya Allah bestnya jadi lembu tue. Hahaha, ketawa Mr. hubby mendengar statement aku tue.

Terus aku tersedar, lembu pun dijaga dan diberikan terapi muzik setiap hari untuk tenang untuk menghasilkan daging yang berkualiti dan terbaik. Soalnya kita manusia ini apa pulak terapi kita setiap hari untuk kekalkan kita tenang dan menjadi manusia yang berkualiti pada diri dan masyarakat?

Pernah tanya apa yang aku perlu buat untuk dapat hati yang tenang dan bahagia dalam hidup aku nie?

Note : lembu pun boleh dapat result terbaik bila dijaga dengan penuh kasih sayang. Takkan manusia tak leh kan?😅¬†tersentak terus

Terapi Muzik Untuk Lembu
Terapi Muzik Untuk Lembu

#ehaticoach
#coachIzaBakar
#pelapisehaticoach
#ehaticoachmentoring
#diariseorangisteri
#bahagiaceria
#lovestriker
#releaseyourtrauma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *