Slip Disc Simptom

Slip Disc simptom?  Ada yang tanya aku camner simptom orang yang kena slip disc nie kan?  Al-maklum aku salah sorang yang ada sakit ini.

Mula-mula sekali aku nak terangkan yang slip disc ini boleh terjadi akibat kemalangan,  cara hidup (ini ada kena mengena dengan posture) dan juga pekerjaan yang memerlukan kita untuk banyak duduk, banyak berdiri atau angkat barang berat.

Mengikut pakar orthopedic kat Ampang Puteri yang aku pegi check dulu,  memang banyak kes pesakit slip disc ini tak tahu pun diorang kena sakit ini sehingga disc dah terkeluar teruk dan sakit dah tahap melampau baru pi check dan tahu tentang penyakit ini.  Ada kes lagi teruk,  tetiba terus tak boleh bangun dan berjalan.

Oklah antara simptomnya:

  1. Mengalami sakit belakang yang terlampau sangat sehingga boleh menggangu aktiviti harian anda.
  2. Mengalami sakit leher yang terlampau sangat sehingga anda tidak boleh tidur dan bergerak dengan mudah.
  3. Kerap Kebas-kebas di bahagian kaki mahupun tangan.  Ini salah satu simptom yang ramai orang ignore dan cakap alah kebas biasa ini.
  4. Sakit belakang yang berulang-ulang timbul datang dan pergi.
  5. Setiap kali nak bongkokkan badan terasa sakit di bahagian tulang belakang. Especially lower back.
  6. Badan terasa sakit sama ada belah kanan mahupun belah kiri.
  7. Kerap Sakit di bahagian belakang setiap kali bila duduk lama.
  8. Sakit bahagian belakang sampai tak boleh tidur.  Berdiri sakit,  baring sakit malah duduk pun sakit. Ini dah tahap kronik dah nie.

Oklah jika korang ada simptom begini, mungkin korang adalah salah seorang pesakit slip disc.

Note : cepat-cepat pergi check doktor yer.Slip Disc ini ada yang kat bahagian atas badan dan ada yang di bahagian bawah badan. Tengok kat gambar nie yer.

Slip disc simptom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *