Sambutan Hari Guru

Hari ini Alisha ada sambutan hari Guru di sekolahnnya. Dia cakap mama hari ini cikgu pesan pakai baju raya yang lawa-lawa. Bukan main melaram anak daraku ini.

Tetiba teringat masa saya kecik-kecik. Hahaha. Memang suka melaram jugak. Al-maklum mak masa tue tailor kan, jadi baju semua mak jahit sendiri. Ada baju kurung,kurung moden, kebarung,kebaya dan gaun pun mak boleh jahit. Hebatkan skill mak.Al-fatihah buat mak tercinta.

Sehingga malam raya mak bersusah payah siapkan tempahan dan selalunya baju kami yang last kali baru mak buat. Bila dok sekarang nie saya sedari pentingnya skill-skill gini kan zaman sekarang nie nak tempah sepasang baju pun dah kena paling kurang rm80 tue. Belum masuk dengan harga kain tue kan. Jadi jom ler kita menambahkan skill yang ada dalam diri kita ini.

Note : dedulu memang ada jugak minat bab fashion-fashion nie. Tapi….hahaha…pi belajar IT apa kena ler Miss Eyza nie kan😜

Sambutan Hari Guru
Sambutan Hari Guru

#richeyzadotcom
#opochotsihatdanceria
#tqAllah
#loveislife
#ajarihatiku
#pengedarvivix
#makanak3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *