Rupa Tok Wan

Hari ini hantar Alisha ke sekolah dia dok tanya mama macam mana rupa tok wan yer mama?

Saya pun jawab, muka tok wan cam dalam gambar kat umah opah tue. Kakak tahu kat dalam beg mama kan ada gambar tok wan.Maka dia pun keluarkan gambar abah dalam walletku. Tetiba terasa Ya Allah rindunya saya pada abah.

Teringat zaman sekolah dulu, setiap hari naik motor dengan abah pegi sekolah. Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah yer. Memang abah jaga sangat anak-anak dara abah ini. Katanya inilah harta yang abah ada. Anak perempuan kena jaga betul-betul.Masih terasa lagi pelukkan diriku ini ke susuk tubuh abah semasa membonceng di atas motor ketika itu.

Allahuakbar rindunya diri ini pada pemilik tubuh kental itu. Beliau sentiasa memberi saya inspirasi untuk sentiasa menjalani hidup dengan penuh kasih sayang dan cinta. Figura lelaki yang mengajarku erti sebuah kehidupan.

Sehingga kini ajaran dan pesanannya sentiasa terpahat di dalam jiwa dan sanubariku.Abah sentiasa memberi dan memberi walau tanpa jemu pada sesiapa pun.Itulah abah yang aku kenali.Al-fatihah buat abah yang aku sayangi.

Note : kerinduan ini memberi aku kekuatan untuk memberi yang terbaik buat anak-anakku anugerah Allah yang sangat berharga ini.Terima kasih Allah atas memori indah ini.

Rupa Tok Wan
Rupa Tok Wan

#richeyzadotcom
#opochotsihatdanceria
#tqAllah
#memoriabah
#makanak3
#loveislife
#empireamazingme
#superstarzfamily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *