Rindunya kat Abah

Tahun ini genap 10 tahun abah pergi mengadap Illahi. Allahuakbar hari ini terasa rindu sangat pada dia. Terasa seperti terngiang-ngiang suara dia di telingaku ini. Rindu pelukkan dan nak cium tangan dia.

Kesayuan ini terasa rindunya kasih sayang yang diberikan padaku.Dialah abah yang paling baik dan sporting. Didikkannya sgt terbuka dan menjadikan aku yang sekarang ini. Masih ingat kata-katanya abah dah bagi ilmu agama, kasih sayang dan segala didikan. Terpulanglah jalan mana anak2 abah nak pilih. Buat baik dapatlah baik. Buat jahat dapatlah jahat.

Allahuakbar semoga roh abah sentiasa dicucuri dan dirahmatiNya dan berada di kalangan org2 yang beriman. Terima kasih Allah kerana menghadirkan abah dlm hidupku.

Note : selamat hari Bapa abah…😍 Miss you so much…bersemadilah dgn Aman di sana bersama Yang Maha Esa. Al-fatihah buatmu abah😥

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *