Rawatan Sonotron Untuk Anak Selesema Dan Berkahak

Rawatan Sonotron Untuk Anak Selesema Dan Berkahak. Ini satu rawatan alternatif yer untuk anak kecil yang tak reti nak buang kahak diorang tue yer.

Rawatan ini selamat dibuat dari baby yang masih kecil pun sebab ianya menggunakan gelombang sahaja.Serius ini memang cara yang sangat selamat, mudah dan tidak menyakitkan.

Iza nak share pengalaman anak-anak Iza menggunakan rawatan sonotron ini. Dari anak Iza yang pertama Iza dah gunakan rawatan ini.Masa tue Alisha kerap kena selesema dan batuk. Alhamdulillah bila buat rawatan ini selama 3 hari berturut-turut Alhamdulillah selesema dan batuknya cepat sembuh.

Masa anak nombor dua pulak,masa tue kan Hariz batuk sampai nak sempot dah tau. Ketika tue masih dok kat Bangsar South jadi jauh pulak dari Klinik kat Keramat yan buat sonotron tue, maka pi bawak kat PPUM. Sedih dan sayu dengar Hariz menangis tau sebab diorang masukkan tiub untuk kuarkan kahak yang banyak tue. Sedih sangat perasaan seorang ibu ini bila dengar anak menangis gitu.

Oleh sebab itu, memang buat rawatan sonotron jer. Tak ada ler menyakitkan dan dengar jeritan tangisan yang sayu dari anak-anak lagi. Lagi satu Iza sekarang ini bagi anak-anak makan Omegaguard, Alhamdulillah syukur jarang sangat kena selesema, batuk dan demam.

Penting sangat kan untuk kita jaga kesihatan anak-anak kita nie. Anyway untuk ibu-ibu yang nak dapatkan rawatan sonotron ini, boleh pegi Klinik Ghazali di Taman Permata kat Keramat.😄

Rawatan Sonotron Untuk Anak Selesema Dan Berkahak
Rawatan Sonotron Untuk Anak Selesema Dan Berkahak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *