Puasa tahun 2016

Alhamdulillah Allah panjangkan lagi umurku untuk dipertemukan dengan Ramadan kali ini. Aku lalui puasa kali ini dengan adanya baby dalam rahimku ini. Syukur sangat-sangat dengan kurniaNya.

Berbezanya tahun ini, kami sekeluarga bermula berpuasa di rumah baru kami. Yehaa! Alhamdulillah akhirnya Allah makbulkan doa untuk dapat tinggal di rumah sendiri. Penuh dengan cabaran tau nak pindah rumah baru ini. Nanti aku citer kat entry yang lain.

Haaa…puasa tahun 2016 ini aku dah officially menjadi surirumah sepenuh masa ok maka rutin harian aku dah jadi berlainan. Hihihi..xder dah nak terkejar-kejar nak balik dari ofis nak siapkan makanan semua…hidup rasa bab itu dah aman sangat.

Pepagi mulakan sahur dengan senyuman dan penuh ketenangan. Banyak masa boleh dihabiskan dengan baca Al-Quran dan membaca buku-buku ilmiah. Aku perhatikan banyak perubahannya. Alhamdulillah Allah bagi kelapangan untuk buat semua itu.

Tapi cabarannya, hahaha…dengan anak-anak dan perangai mak yang menduga kesabaran la kan. Al-maklum mak dah duduk balik ngan aku kat KL nie. Banyak cabaran baru yang aku dapat dan kena lalui. Ingatan mak dah makin pudar, banyak benda yang dia dah tak ingat. Cabaran hebat dengan keadaan yang memboyot dan nak handle anak 2 orang dan nak handle mak yang agak uzur jugak ini. Namun ini adalah ujian buat aku yang Allah berikan. Aku doakan Allah bagi kesihatan yang baik dan emosi yang sentiasa positive untuk menghadapi cabaran dan ujian ini.

Salam Ramadan buat semua yer. Eh lupa pulak aku ada lagi tugasan lain jugak, menjadi pengedar Shaklee yang berjaya tau, COD barang sana sini. Sekarang nie dah tambah dengan Perfume Dexandra dan Jamu Bidan. Moga Allah rahmati dan permudahkan rezeki aku sekeluarga..Amin.

Note : Untuk raya ini kerepek dan kuih raya pun aku ada jual dan supply tau. Hihi…Visit page aku di :

https://www.facebook.com/opochotdessertandkuih/

puasa tahun 2016
puasa tahun 2016

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *