Petua Hilangkan Batuk Dan Kahak

Alhamdulillah hari ini Iza nak share Petua Hilangkan Batuk Dan Kahak.

Iza ini ada masalah kalau kena batuk mesti susah sikit nak baik. Ingat dulu berbulan-bulan batuk sampai tidur malam tak lena tue. Iya kan batuk yang rasa gatal merenyam kat anak tekak tue. Geram jer rasa cam nak pegi garu kan.

Sehinggalah Iza jumpa seorang atuk kat kampung. Dia yang bagi petua ini. Katanya senang jer nak hilangkan batuk yang macam tue. Kalau batuk yang berkahak pun boleh jugak gunakan petua ini.

Bahan-bahannya :

Madu Asli

Limau nipis / Limau purut

Garam bukit

Air suam (tak panas sangat dan tak sejuk sangat)

Cara-caranya begini :

Ambil madu asli satu sudu besar, masukkan dalam suku gelas air suam. Kemudian amik seciput garam bukit kacau sekali dalam gelas tersebut.

Amalkan minum setiap pagi sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur pada waktu malam. Insyaallah dalam 3-7 hari batuk tue boleh hilang😊

Best ke best kan? Tak perlu lagi nak layan batuk malam yang menggangu tidur anda.

Petua Hilangkan Batuk Dan Kahak
Petua Hilangkan Batuk Dan Kahak

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *