Perancangan Kewangan 2017

Perancangan Kewangan 2017. Hari ini Iza nak share tentang topik ini. Anyway Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk bernafas lagi hari ini.

Hidup dalam zaman yang penuh dengan cabaran ini terutamanya dalam keadaan ekonomi sangat mencabar ini.Harga minyak naik, harga barang naik dan segala-galanya very costly kan. Kita kena bijak dalam pengurusan kewangan keluarga kita ini. Perlu bijak berjimat cermat.

Inisiatif Iza dan keluarga adalah untuk kurangkan makan di luar. Ini kerana bila kita makan luar banyak kos tambahan akan bertambah seperti bayaran parking, minyak, tol dan makanan itu sendiri. Jadi dengan ini dapat kita berjimat dengan perbelanjaan bulanan kita.

Seterusnya semasa membeli, belilah barang keperluan sahaja. Yang kurang perlu tue tak payahlah beli dulu. Utamakan yang penting sahaja.

Seperti guru Iza ada nyatakan, sekarangkan dunia digital ekonomi, jadi kita boleh jana income melalui online. Maka kena mulakan perniagaan melalui online yang dapat membantu menambahkan ekonomi keluarga kita tue.

Kesimpulannya, kita hanya dapat mengawal apa yang kita mampu iaitu diri dan keluarga kita. Kena belajar berjimat dan belajar menambahkan pendapatan keluarga kita juga.

Semoga kita sama-sama dapat menghadapi  ekonomi mencabar ini dengan persiapan mental dan fizikal.Amin.

Note : sekarang nie plastic pun kena charge dah nie.

Perancangan kewangan 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *