Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Salam semua apa khabar sahabat hati semua? Hari ini Iza nak share tentang Pengalaman Bersalin Anak Pertama. Walaupun Iza dah jadi mak anak 3, tapi pengalaman bersalin anak pertama tetap kekal segar dalam ingatan.

Pengalaman bersalinkan Alisha ini anak pertama Iza. Sungguh teruja masa tue tahun 2011, mengandungkan Alisha lepas beberapa bulan kahwin jer. Memang blur tahap dewa masa tue tentang pregnancy dan juga tentang bersalin ini. Trauma pun ada bila teringat kata-kata doktor “You kalo mengandung dan bersalin payah nanti ini sebab masalah slip disc yang you alami” Memang rasa kerisauan sungguh masa tue.Pengalaman mengandung nanti kita cerita masa entry lain yer.

Hari ini nak citer tentang pengalaman bersalin anak pertama dulu. Masa dah hujung-hujung pregnancy, Iza dapat kebenaran dengan bos untuk kerja dari rumah jer sebab perut dah memboyot dan belakang dah sakit tahap kronik tau. Memang selalu sangat sakit belakang.

Pada tanggal 14 Oktober 2011, masa ini Iza kerja dari rumah abang Iza jer masa tue. Kebetulan rumah diorang ada tangga tau, masa tue abang dan kakak ipar kena balik kampung ada hal masa tue, maka tinggallah Iza sorang jer kat umah tau. Petang tue siap ada meeting dengan bos tentang nak attend conference meeting di Swiss Graden Hotel pada keesokkan harinya. Masa meeting tue siap dah gelak-gelak cakap pada bos “I will attend the conference if i’m not giving birth yet”. Bos pulak jawab “No worries there is hospital nearby we will send you there if anything happen” hahaha.Kitaorang gelak jer dengan statement masing-masing.

Lepas habis jer meeting tue, perut dah rasa mengeras. Masa tue dah 39 minggu dah jadi memang ada ler expect jugak nak bersalin dah nie. Tapi al-maklum anak pertama mana ler Iza tahu rasa macam mana nak bersalin tue kan. Hihi. Baca macam-macam pengalaman orang dan artikel-artikel but still tak sama dengan pengalaman sendiri kan.

Masa tue ada rasa macam senggugut yang teramat sangat tau. Pastue terus call mak dan tanya mak kalo nak beranak ada rasa cam senggugut ker yer? Mak cakap haah ada orang rasa gitu. Dalam fikiran Iza masa tue takkan ler nak period pulak ini aku kan mengandung? hahaha. Naif sungguh otak ketika itu.

Bila dah call mak dan dapat jawapan gitu, terus call hubby. Masa tue Mr. Hubby tengah main futsal. Yang nak tergelaknya, masa dia nak pergi main futsal tue dia ada ajak teman dia sekali kat gelanggang futsal tue but of course I refuse la kan. Nanti terberanak kat gelanggang futsal tue pulak karang kan. Hahaha.

Amazingly korang tau, mr. hubby agaknya terbang kot dengan motor dia dari Wangsa Maju sampai ke Ampang tak sampai 10 minit. Hahaha. Muka dia dah pucat bila aku cakap nak beranak dah nie. Hahaha. Serius memang dia yang panik. Iza cakap jer saya siap dulu, rasa nak mandi dululah. Dia cakap dah-dah jom pegi hospital. Korang tau Iza bersalin di Kajang punyalah jauh dari Ampang kan.Nak ikut Dr. Tan Gynea tersayang la kan.

Sampai ke Hospital Britania Women Specialist time maghrib masa tue. Menangis kesakitan masa contraction tue tau. Memang sakit sangat. Mujur Mr. Hubby dapat masuk dewan bersalin, memang tangan dia Iza pegang kuat sangat. Bukaan dah 9cm masa tue, doktor pun sampai dan dia pesan nak push you mesti kena marah yer. Punggung jangan angkat nanti dekat bawah koyak teruk nanti. Pastikan punggung sentiasa ada di bawah dan tidak angkat yer. Pastue dia cakap mesti mau macam marah bila teran. Alhamdulillah syukur Allah mudahkan proses bersalin. Sakit tak sampai 2 jam pun, baby dah selamat keluar. And it’s a girl. Pertama kali dengar tangisan bayi yang Iza kandung selama 9 bulan tue memang sangat menakjubkan. Besar sungguh nikmat Allah bagi ketika itu, bertarung nyawa untuk melahirkan satu anak Adam dan umat Nabi Muhammad SAW ke dunia. Syukur sangat.

Itulah pengalaman bersalin anak pertama yang sangat mengujakan dan best untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat sekalian. Nanti Iza tulis entry berpantang anak pertama pulak yer. Banyak nak citer dengan you all semua ini. See you in next entry.Enjoy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *