Pencuci Super Jimat dan Berkesan

Bila ada anak-anak kecil ini mesti kita concern bab-bab kebersihan dan penggunaan bahan kimia di rumah kan? Mestilah nak cari pencuci super jimat dan berkesan kan?

Aku pun sama tau, al-maklum Hariz ini kan kulitnya sensitive kena guna pencuci yang bebas kimia kat rumah ini. Hihi…apa lagi sudah semestinya aku memilih Basic H pencuci serbaguna dari Shaklee.

Masa nak cuci rumah baru ini dulu, anak-anak nak turut serta mencuci rumah ini. Jadinya bila guna pencuci bebas kimia ini aku rasa selamat bila diorang bantu. Sambil golek-golek kat lantai macam2 aksi tau. Seronok sangat diorang.

Memang kat rumah pun bila nak lap meja, mop rumah, lap-lap habuk, cuci conteng-conteng kat dinding, lap dapur yang berminyak-minyak, lap tingkap semuanya aku guna Basic H ini.

Super best tau effectnya, bila dah masak pastue berminyak-minyak tue kan sembur-sembur dengan penyembur yg aku isi dengan Basic H tue, sekali lap jer minyak-minyak semua hilang. Hihi…

Lagi satu aku kan jaga Mak aku kat umah nie kadang-kadang dia terkucir kat lantai pun bau hancing semua hilang. Mop jer dengan Basic H keje jadi mudah dan senang.

Kesimpulannya kerja mengelap, mencuci-cuci ini jadi mudah dilaksanakan dan dapat dibuat oleh semua ahli keluarga aku. Baik yang kecil mahupun yang besar sebab ianya 100% natural dan bebas dari bahan kimia yang membahayakan kesihatan. Ianya menjimatkan jugak tau.Mana tak nya dengan sebotol basic H aku dapat guna untuk pelbagai task dan tak yah pening-pening nak beli pencuci yang macam-macam jenis yang lain. Lagi satu sebotol basic H ini boleh tahan berbulan-bulan tau korang…seyes super jimat.Letak beberapa titik jer untuk buat satu-satu task tue.

Anyway, semoga kita semua sihat dari penyakit-penyakit yang disebabkan oleh bahan-bahan kimia yang berbahaya dari bahan pencuci yang kita gunakan seharian yer.

Note : Jom kita bijak memilih untuk keluarga yang tersayang. Pilihlah yang selamat dan bebas dari bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan. Korang tau Oprah Winfrey pun suka guna Basic H ini tau. Lagi satu CEO Shaklee Roger Barnett pun asalnya beli company Shaklee ini sebab jatuh cinta dengan pencuci Basic H sebab anak dia sakit asma yang disebabkan oleh penggunaan bahan kimia di rumah katanya.

Jom kita ubah dengan menggunakan Pencuci Bebas Kimia yang super jimat ini…🙂

pencuci super jimat dan berkesan
pencuci super jimat dan berkesan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *