Magic Tool Bila Travel

Hari ini terlewat pulak nak bercerita ini.🙂 Haaa..memandangkan musim raya nak dekat ini aku nak citer tentang magic tool bila travel.

Nak balik kampung travel ini aku kena pastikan magic tool aku ini mesti masuk dalam luggage comelku. Hihi..al-maklum orang perempuan, pegi travel memana memang begnya besar-besar belaka. Segala mak nenek nak wat sekalikan. Beg travel dah jadi beg doraemon umpama rumah bergerak dah.

Memandangkan nak travel ini selalunya mesti kepenatan, aku pastikan bekalan nutrisi dalam tubuh aku ini sentiasa di top up dan dikekalkan. Kalo tidak mau pancit jugak aku ini tau. Lagi-lagi dalam keadaan memboyot gini.

Magic tool yang aku maksudkan vitamin wajib dibawa travel supaya badan kekal sihat, bertenaga dan hati sentiasa gembira sebab badan selesa masa travelling ini.

List magic tool aku adalah Vitalea, Vitamin C, B-Complex, Ostematrix dan Herbal Blend. Set basic wellness ini wajib amik bagi kekal bertenaga dan sihat. Ostematrix wajib jugak bawak bagi nak elakkan masalah perlawasan. Hihi…senang nak poo poo. Hihi..
Herbal blend seperti biasa balik kampung nyamuk tak kenal aku. Jadi memang selalu diserang gigitan nyamuk. Mujur ada herbal blend sapu jer hilang gatal-gatal.

Kesimpulannya, travel tue travel jugak tapi kesihatan tetap kena jaga yer. Jadinya magic tool wajib ler diusung ke sana ke mari. Hihi…

Note : Nak travel ini bab paling tak best adalah packing barang dalam beg. Semua benda rasa penting nak bawa travel. Silap-silap mau satu rumah rasa penting. Alangkah best kalo ada pintu doraemon tue kan? hihihi…

Magic Tool Bila Travel
Magic Tool Bila Travel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *