Kisah Viral Jadi Teladan

Alhamdulillah masih hidup lagi hari ini. Hari nak citer tentang kisah viral jadi teladan.

Sekarang dok viral tentang kisah Faiz Subri pemain bola sepak yang dapat anugerah Puskas tue. Allahuakbar sekalung tahniah buat beliau. Bukan mudah nak capai tahap international level begini tau. Memang kita patut bangga dengan pencapaian beliau.

Tapi lain pulak dengan mentaliti sesetengah rakyat Malaysia yang menviralkan tentang Faiz Subri tak reti cakap English la. Berucap dalam bahasa English tapi ke laut la. Kenapa kita nak tengok satu sudut yang sangat sempit dan kecil begitu. Melihat kekurangan beliau yang sikit berbanding dengan pencapaian beliau yang berjaya tue.

Lebih baik jadikan kejayaan beliau sumber inspirasi. Jika beliau boleh berjaya, kita pun boleh berjaya. Mulakan dengan percaya dengan diri sendiri. Bercakap dengan diri aku pun boleh mencapai kejayaan seperti beliau dalam bidang yang aku ceburi ini. Aku pun boleh menjadi sehebat dan setanding beliau. Itulah motivasi diri yang terbaik. Buat self talk.

Iyer memang nampak macam ada yang kata. Eh kerja gila ker cakap sorang-sorang kan. Tapi kalo kita tak puji diri sendiri tak cakap benda baik-baik tentang diri kita siapa lagi kan. Iyerlah nak tunggu orang lain cakap berjanggut la kan. Hargai dan terima diri kita baru kita nampak kebaikan dan kelebihan diri kita tue. Allah bagi setiap orang ada kelebihan dan keunikkan masing-masing tau.

Jadi mulakan self talk tue hari ini jugak. Supaya anda belai diri anda yang rindukan diri sejati anda tue.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *