Kisah Di Tempat Permainan

Hari ini aku nak share tentang Kisah Di Tempat Permainan. Pada suatu hari yang lalu, Miss Eyza bawa anak Miss Eyza ke tempat permainan di salah sebuah pusat membeli belah di sini.

Melihat anak-anak kecil Miss Eyza, mereka bermain, melompat sana sini, main gelungsur, main bola, main rumah mainan dan macam-macam mainan yang ada di tempat mainan tersebut. Hati Miss Eyza rasa sangat gembira dan bahagia.

Sedang asyik melayan anak-anak Miss Eyza, tetiba terpandang seorang kanak-kanak yang berebut-rebut bola dengan kanak-kanak lain di tempat tersebut. Perhatian Miss Eyza teralih arah kepada budak perempuan ini.

Miss Eyza lihat budak perempuan nie, berdiri di salah satu mainan yang bentuk kuda di situ dan baling bola ke atas seolah-olah nak buat macam show gitu. Isunya di situ ada budak yang sangat kecil yang jalan pun masih jalan jatuh yang di kawal selia oleh mak ayah mereka. Jadi tindakkan budak perempuan itu sangatlah merbahayakan budak-budak kecil yang lain.

Budak perempuan itu, kemudian bila agaknya dah penat dia mula lari sana sini tanpa arah, tetapi dia sangat authority dan menyuruh budak-budak lain ke tepi bila dia nak main ke tempat yang dia nak main itu.

Habis semua bola disimpankan ke dalam satu rumah mainan dan tidak dibenarkan budak-budak lain untuk bermain. Sehinggalah anak Miss Eyza si baby nak ambil satu bola dan dirampas oleh budak perempuan nie. Miss Eyza pun bersuara begini:

Miss Eyza : Kenapa tak bagi bola itu pada anak acik?

Budak Perempuan : Saya nak main bola itu.

Miss Eyza : Kan ada banyak bola itu, bagilah satu bola tue. Dan bola itu untuk dimain bersama-sama bukan untuk sorang-sorang jer. Kita boleh main sama-sama lebih gembira dan lebih best.

Budak Perempuan : Tak best saya nak main semua bola nie sendiri. Saya bayar masuk dalam ini tau.

Miss Eyza : Semua orang masuk dalam ini berbayar anak oii. Kita kena belajar bermain bersama-sama bukan nak conquer semua benda sendiri. Mana mak ayah anak nie?

Budak Perempuan : Mak saya tak ada. Saya seorang jer di sini.

Miss Eyza : Mak anak pergi ke mana?

Budak Perempuan : Mak pergi bawak Uber hantar orang.Saya setiap hari di hantar ke sini bila mak nak hantar orang.

Miss Eyza : Haaa(ternganga mulutku). Jadi dah lama ker ada di sini?

Budak Perempuan : Haah lama jugak, tengoklah bila mak abis hantar orang baru mak ambil di sini.

Miss Eyza : Iyer ker, Masyaallah.

Budak Perempuan : Saya kan acik suka nak buat show baling-baling bola nie best. Saya suka, ramai orang tengok saya.

Miss Eyza : Tapi tindakkan anak nie merbahayakan budak-budak kecil dalam nie. Tengok tue (sambil tunjukkan pada anak-anak yang masih kecil pada Budak perempuan itu). Kan elok main jer mainan yang ada dan main bersama-sama tak payah nak baling-baling buat show ini.

Budak Perempuan : Haaa, saya nak buat jugak. Acik tahu ayah saya polis, nanti dia jumpa acik baru tau.

Miss Eyza dalam hati, eh budak kecil macam ini dah pandai nak gertak orang tau. Nauzubillah.

Miss Eyza : Takperlah anak, acik tak takut pun. Acik takut Allah jer. Lagipun tak buat salah pun nak takut apa dengan polis tue.

Budak Perempuan : Acik nie la, malas nak layan. (sambil mulutnya muncung panjang dan membebel meninggalkanku)

Kesimpulan yang Miss Eyza lihat dari apa yang berlaku, budak perempuan nie hanya inginkan perhatian, tindakkannya untuk menarik perhatian orang untuk melihatnya. Sepanjang perbualan kami terlihat satu wajah yang sangat inginkan kasih sayang dan ingin berbicara tentang apa yang dia inginkan.

Mungkin kesibukkan mak ayahnya membuatkan anak kecil ini memberontak dan ingin mengeluarkan apa yang tersembunyi di dalam hatinya.

Allahuakbar tersentuh hati ini sebenarnya. Kesian melihat anak kecil yang sangat mendambakan kasih sayang dan perhatian ibu bapanya.

Begitulah kehidupan wahai sahabat, syukuri anak-anak yang Allah berikan pada kita itu. Berikan masa kita untuk memberi ruang mereka rasa disayangi dan dihargai.

#coachIzaBakar
#bahagiaceria
#lovestriker
#diariseorangisteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *