Kisah Convocationku

Allahuakabar comey sangat Alisha pakai robe convocation nie kan? Inilah Kisah Convocationku nak share dengan sahabat semua.

Tetiba teringat masa belajar U dulu. Sangat mencabar nak habiskan degree di Universiti Teknologi Petronas masa tue. Serius bukan mudah tau. Semua syllabus in English ok😅

Masa memula belajar ada cakap kat abah, rasa tak mampu nak abiskan belajar nie. Susah sangat cakap kat abah. Namun bila dengar luahan hati abah selepas itu, terus sayu rasa hati. Abah teringin sangat nak anak abah berjaya, dapat degree katanya. Abah harap anak abah yang ini dapat tunaikan hajat abah nie.

Menderu air mata kuar masa tue. Terus teringat susah payah abah hantar amik pegi sekolah, abah susah payah kerja jaga siang malam nak menyekolahkan diri aku ini.

Dari hati yang rasa kesusahan tue nekad redah jer sampai aku mampu dapat segulung degree. Allahuakbar bila hari graduation dapat pakai robe tue, aku rasa bangga jadi anak abah yang berjaya tunaikan hajatnya. Walaupun ketika itu dia tidak ada bersamaku kerana telah pergi dijemput Illahi.Allahuakabar😭😭😭

Note : ketika ini aku mencari sebuah kekuatan untuk bangkit meredah lautan ini. Kerana sesungguhnya diri ini mampu sampai ke destinasi dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang.

Di kala nukilan ini aku ukirkan air jernih membasahi pipi ini.😢

Kisah Convocationku
Kisah Convocationku

#ehaticoach
#21hariajarihatiku
#perjalanankumenujucintaabadi
#coachIzaEyza
#makanak3
#loveislife
#richeyzadotcom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *