Kisah Anak-Anak

Hari ini aku nak cerita tentang Kisah Anak-Anak. Pagi tadi semasa bangun tidur, saya terasa sayu sangat melihat wajah anak-anak saya. Saya memandang seorang demi seorang wajah mereka tetiba terus teringatkan arwah mak.

Suatu masa dahulu, saya pernah dengar mak cakap pada saya, cepatnya korang membesar yer. Mak rasa macam baru jer korang semua kecil. Melihat korang lari sana sini. Tetiba sekarang ko dah ada anak sendiri dah.

Subhanallah tetiba perasaan yang mak rasa itu saya pulak rasa hari ini. Melihat setiap wajah anak-anak semuanya dah makin membesar. Allah itulah kitaran kehidupan yang kita lalui saban hari.

Anak-anak ini satu hari akan membesar dan menjadi satu orang dewasa yang membina keluarganya sendiri pula. Jadi apakah yang kita terapkan dalam pemikiran dan dalam sistem kepercayaan mereka saban hari?

Penting sangat untuk kita ketahui dan sedar akan apa yang kita ajar dan expose kan pada mereka. Jika kita sering berikan kasih sayang dan perhatian, mereka juga akan menjadi seorang yang penuh dengan kasih sayang dan seorang yang prihatin satu hari kelak insya Allah.

Menyedari akan kitaran kehidupan ini, saya mula mengubah sedikit demi sedikit yang boleh diperbaiki. Contohnya ucapkan kata sayang pada anak-anak. Setiap hari saya ucapkan kata-kata ‘mama sayang kakak, abang dan adik”. Dan terapkan kata-kata sayang dan luahkan kasih sayang itu dalam bentuk kata-kata.

Sebab saya belajar, mak abah saya dulu seorang yang sangat penuh dengan kasih sayang. Sangat prihatin dan sangat mengambil berat akan hal ehwal anak-anaknya tetapi mereka agak sukar untuk ucapkan kata-kata sayang. Jadi saya belajar, untuk mengubah habit saya yang sangat sukar ucapkan sayang kepada luahkan kata sayang tersebut dan membina cara hidup baru yang saya inginkan pada keluarga saya.

Hidup adalah pilihan wahai sahabat. Segala pilihan ada di tangan kita sendiri. Adakah kebahagiaan yang diingini atau sebaliknya. Melihat dan menapis apa yang patut diikuti dan apa yang patut diteruskan juga adalah pilihan diri kita.

Diri yang bahagia bakal membina anak-anak dan keluarga yang bahagia juga. Mulakan hari ini, sesungguhnya hari ini adalah hari yang baru untuk semua kita.

Love me and love all of you.

The power of love is always for everyone.💞

Kisah Anak-Anak
Kisah Anak-Anak

#coachIzaBakar
#bahagiaceria
#diariseorangisteri
#lovestiker
#tqAllah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *