Kepentingan berjimat-cermat

Hari ini nak citer tentang kepentingan berjimat-cermat. Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang mencurah-curah dan nikmat yang Allah berikan pada kita ini. Tiada tolok bandingannya.

Masa aku kecilkan aku ini suka sangat menyimpan. Memang berjimat cermat dengan duit belanja sekolah yang mak abah bagi.  Masa zaman tue tabung aku tin milo tue jer.

Setiap hari lepas balik sekolah pasti aku masukkan balance duit belanja kat dalam tabung tue.  Rasa seronok sangat menabung. Al-maklum bukan anak orang kaya jadi nak beli apa-apa kena menabung dulu. Simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Hihi.  Lepas dah penuh tabung tue abah bawakkan masuk dalam bank. Ada jugak yang kuarkan untuk beli apa yang teringin.

Kesimpulannya,  kita ini kena pupuk tabiat berjimat cermat ini dari kecil lagi yer.  Buat kata pepatah “lentur buluh biar dari rebungnya”.Terutamanya zaman ekonomi yang mencabar ini memang kena berjimat selalu.Antaranya untuk :

  1. Untuk bekalan masa hadapan kita. Simpan sikit-sikit insya Allah ada simpanan untuk digunakan masa hari tua nanti.
  2. Untuk pendidikan anak-anak kita.Al-maklum pendidikan sekarang dah makin costly. Kalau boleh elakkan ambil pinjaman macam PTPTN tue nanti banyak berhutang.
  3. Untuk kesihatan kita. Ini jugak penting.  Tubuh badan ada satu ini jer.  Kos perubatan pun makin tinggi kan.Jadi kenalah simpan jugak.
  4. Citer tentang berjimat cermat bukan sahaja bab duit jer tau.Bab penggunaan air, penggunaan tenaga elektrik pun sama. Bumi kita nie dah semakin tua.
  5. Untuk jadi seorang yang prihatin dan penyayang pada alam pemberian Illahi ini.

Jadi jom berjimat cermat dalam hidup kita ini yer.Semuanya bermula dengan diri sendiri dulu yer.

Note : belajar perlahan-lahan insya Allah pasti berbuah hasilnya nanti.

Kepentingan berjimat cermat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *