Impian Menjadi Seorang Ibu

Hari ini aku nak share cerita Impian Menjadi Seorang Ibu, kisah aku yang melalui perjalanan untuk menjadi seorang ibu.

Tetiba semasa melayan anak-anak main di supermarket seperti dalam gambar di bawah ini.Terus aku teringat kisah bagaimana anak-anak ini adalah impianku sebelum ini dan apa yang aku lalui dalam hidup aku ini untuk mencapai apa yang aku dapat ini.

Impian Menjadi Seorang Ibu
Impian Menjadi Seorang Ibu

Si baby sambil menyanyi-nyanyi naik buaian. Serius she really know how to enjoy herself. Dari kecil penuh dengan selflove.

Inilah nikmat yang sangat mengujakan saya setiap hari. Impian menjadi seorang ibu adalah impian saya dari dulu.

Ada satu tahap hampir gelap impian saya ini bila saya disahkan kena Slip Disc. Pakar orthopedic masa tue cakap cik boleh berat dan besar ini jer sampai cik mati. Tercengang aku masa dapat berita ini. Biar betik doktor ini kan.
Masa ini masih anak dara muda trang tang tang tau.

Sambil muka berkerut-kerut aku tanya doktor, doktor saya belum kawin nie, nanti sudah kawin mau ada anak macam mana? Doktor cakap itulah obstacles paling besar untuk orang perempuan yang ada sakit nie. Sebab bila mengandung badan naik, berat pun naik. Masa tue dah fikir gelaplah masa depan aku dan impian nak ada anak macam kabur ditenggelami perkataan doktor tersebut.

Doktor sambung lagi cakap, kalo you mengandung satu hari nanti belakang you ini pasti sangat sakit. Memang inilah yang aku alami sepanjang mengandungkan anak-anakku ini.

Bukan kepalang sakitnya sampai menangis-nangis tahan sakit sebab masa mengandung mana boleh makan ubat tahan sakit wei.

Tapi aku gagahi juga sebab impian untuk ada anak lagi besar dari kesakitan yang dialami. Hanya yang pernah lalui tahu kesakitannya. Yang paling mencabar adalah semasa bersalin, banyak sangat kemungkinan yang bakal terjadi mengikut doktor. Ngeri wei bila ada doktor cakap kalau kita cucuk Epidural kat belakang you ada chances jarum patah. Jadi pilihannya adalah kena czer katanya.Rasa nak pitam dengar statement tue dah ler masa tue tengah menunggu hari jer.

Jadi apa lagi kami suami isteri ambil langkah berjaga amik pakar gyneacologist untuk kelahiran anak pertama kami, kurangkan risiko yang banyak yang doktor lain cakap tue. Subhanallah itulah pengalaman hebat yang aku lalui, doktor pakar ini cakap boleh you boleh beranak normal. Kita give it a chance katanya. Allahuakbar oleh kerana keyakinan yang tinggi I manage to deliver normally. Syukur sangat masa tue. Allah memudahkan segalanya.

Dari situ aku belajar banyak sangat. Manusia boleh buat macam-macam prediction tentang itu dan ini melalui hipotesis yang kita buat atau melalui sejarah yang pernah terjadi. Tetapi keajaiban Allah mengatasi segalanya.

Jadi pengalaman ini adalah most amazing moment in my life. Dan setiap kali melihat wajah anak-anak aku rasa bangga Allah bagi peluang dan anugerah hebat ciptaanNya yang melengkapi hidupku ini.

Note: Jadi inilah perjalanan aku untuk menjadi seorang ibu. Bukan mudah dan ianya disertakan dengan tangisan,kesakitan dan kesungguhan serta keyakinan yang tinggi sehingga ianya menjadi kenyataan kini.😊
Mental kita perlu kuat dan kini aku belajar hati juga perlu kuat untuk lalui wonderful ride in our life. Mujur ada DVD 21 Hari Ajari Hatiku yang membantu aku dah sekarang nie😊

#ehaticoach
#coachIzaBakar
#pelapisehaticoach
#ehaticoachmentoring
#diariseorangisteri
#richeyzadotcom
#bahagiaceria
#makanak3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *