Impian buat anak-anak

Bila ingatkan anak-anak, banyak impian buat anak-anak yang ibu bapa pasangkan kan? Betul kan? Begitu jugaklah aku yang ada anak 3 ini.

Hidup ini banyak pancarobanya.  Kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah. Namun kena terus hidup juga demi anak-anak yang tersayang ini kan.

Bila mengenangkan kos pendidikan yang makin tinggi ini dan kenangkan aku sendiri pernah dibelenggu hutang PTPTN. Rasa tertekan tau dah bertahun-tahun bayar hutangnya macam tak gerak.

Jadinya aku impikan supaya anak-anak nanti bila belajar biar dibiaya ma&pa buat kata bebudak kat Universiti aku dulu. Hihi… Maknanya dibiaya oleh mak bapak sendiri.

Jadinya dah mulalah kena menabung sikit-sikit dari sekarang ini.Setiap bulan Alhamdulillah masuk sikit amount dari bonus bisnes Shaklee ini kat dalam tabung anak-anak.

Doakan yer berjaya impian aku ini.  Murahkan rezeki anak-anak ini Ya Allah.Amin.

Note : sikit-sikit lama-lama jadi bukit.😊

Tabung Pendidikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *