DVD 21 Hari Ajari Hatiku

Alhamdulillah syukur nak share dengan you all tentang DVD 21 Hari Ajari Hatiku. Ini adalah kesinambungan dengan Buku Ajari Hatiku yang aku pernah tulis dulu sebelum ini.

Sekarang ini ada versi DVD yang lebih komprehensif dan lebih padat serta mendalam ilmunya you all.Serius perbezaaan yang sangat berbeza jika dibandingkan dengan bukunya sebelum ini. Versi yang buku tue pun dah best ini lagi lah dalam bentuk DVD 21 Hari Ajari Hatiku ini kan. Ianya dapat bantu juga untuk anda yang ada masalah kemurungan, kekecewaan, kegagalan, anxiety disorder, insomnia, trauma dan masalah ketidak gembiraan dalam hati selain membantu kita secara amnya untuk memperolehi kembali hati yang damai, bahagia, ceria, gembira dan tenang you all. Super best DVD ini tau.

Apa yang berbezanya kan antara DVD 21 Hari Ajari Hatiku dan Buku Ajari Hatiku ini kan?

Perbezaannya ini :

  1. Dalam versi DVD ini, semua terapi yang ada di dalam buku telah ada guidance oleh Puan Diyana Tahir sendiri. Jadi kita dapat belajar dan rasai semua terapi yang ada dalam latihan 21 Hari Ajari Hatiku ini secara live. Jadi tak ada ler kita terpinga-pinga apa benda ler nak buat macam mana nak buat terapi ini kan. Al-maklum dalam buku kan ker dalam bentuk tulisan.
  2. Boleh lihat muka Puan Diyana Tahir dan ekspresi muka Puan Diyana Tahir setiap hari selama 21 hari you all. Bila penceritaan dan ilmu dibuat secara live jadi feel kita untuk buat latihan pun makin feel dan best lah kan. memang aku sendiri dah rasainya you all sangat awesome feeling deep masuk ke dalam diri dan merasai ilmu dan terapi terus tertusuk dalam kalbu hatiku gitu.
  3. Dalam DVD ini kan ada bonus ilmu-ilmu yang tak ada tertulis dalam buku itu pun. Antara contohnya bagaimana nak mengatasi ilmu sihir dan macam mana nak lalui diri kita yang kita yang dah terkena sihir atau rasa diri dishir. Serius memang dikupaskan oleh Puan Diyana Tahir tentang kenyataan diri dengan perkara ini. Jadi korang rasa ada ker yang orang nak cerita tentang psikologi dan sihir ini kan? Haaa, bonus you all. Memang aku dah tengok dan amazing sangat. Ada lagi satu ilmu tentang atasi ketagihan dalam diri. Apa sebab terjadinya ketagihan semua tue ada dihuraikan dalam DVD ini. So memang banyak ilmu bonus yang dikupas dalam DVD 21 Hari Ajari Hatiku ini.
  4. Setiap sesi yang dilakukan dalam DVD 21 Hari Ajari Hatiku ini hanya mengambil masa sejam jer sehari untuk kita buat you all, dan the best thing is boleh buat di mana sahaja dan dibuat berulang-ulang ikut suka koranglah bila nak buat latihannya ikut flexibility sendiri. Best ke best kan?
  5. Pendekatan yang disampaikan oleh Puan Diyana Tahir sangat mudah difahami dan sangat simple untuk kita hadam dan praktikkan. Jadi tak ada ler blur katak apa benda ler benda yang ditulis dalam buku ini aku tak paham dan macam mana nak praktikkan benda nie kan? Al-maklum pemahaman orang kan lain-lain ikut macam mana anda melihat sesuatu maklumat itu kan. Jadi ianya boleh difahami oleh semua peringkat umur walaupun anak-anak anda tau. Best ke best kan? Seisi keluarga pasang DVD nya dan ilmu satu keluarga boleh belajar.
  6. Dalam DVD ini ada 2 Audio CD, 4 DVD dan 1 Workbook. Siap disertakan Workbook untuk korang terus boleh tulis semua latihan kat situ. Jadi tak payah dah nak cari buku latihan          tambahan lagi. Korang dapat ulang kaji dan lihat balik semua kesedaran yang korang dah lalui, jadi lebih mudah untuk memberi impak pada kehidupan kita kan. Ada rujukan untuk kemudian hari kelak. 🙂
  7. Ini point yang aku suka juga ini, dengan DVD 21 Hari Ajari Hatiku ini kan, umpama korang bawak balik Puan Diyana Tahir balik umah. Hahaha, hari-hari dapat tengok muka puan guru yang mengajar dan aura untuk belajar lebih menusuk ke kalbu gitu you all. Iyerlah bila rasa macam belajar dan bertalaqi secara live kita akan lebih bersemangat dan lebih berdisiplin untuk buat latihan 21 hari itu. Best ke best kan?
  8. Ada 3 modul utama dalam pendekatan DVD 21 Hari Ajari Hatiku adalah seperti berikut:
  • Modul Pertama adalah Mensyukuri – Mensyukuri Perkara Yang Belum Ada, Mensyukuri Perkara Yang Ada, Mensyukuri Perkara Yang Telah Tiada ( cover semua aspek kehidupan kan, kita belajar bersyukur akan semua perkara, yang ada, yang telah tiada dan perkara yang belum ada) jadi tak adalah isu apa yang aku nak bersyukur ini kan sebab kita dibimbing secara lengkap on step by step untuk bersyukur.
  • Modul Kedua adalah Memaafkan – Memaafkan diri dan memaafkan orang yang pernah menyakiti atau menyusahkan kita. Haaa, ini satu lagi modul yang sangat relevan untuk kehidupan harian kita. Al-maklum mana ada orang yang sempurna yang tak pernah buat salah kan, termasuklah diri kita sendiri. Jadi ada step bagaimana nak memaafkan diri kita sendiri supaya kita tak ler sakit dan selalu menyalahkan diri sehingga diri tak boleh move on dan diri jadi depress sebab tak reti memaafkan segala kebodohan dan kesilapan diri sendiri. Lepas dah belajar maafkan diri, kita belajar pulak memaafkan orang lain, jadi hati jadi ringan otak terus hilang serabut you all kan. Serius best jadi tak ada ler masalah dendam kesumat yang menyebabkan hati tersumbat dan jantung macam nak berhenti tue kan.Jadi belajar untuk melepaskan segala sampah yang menyaratkan hati kita tue. Orang yang bahagia dan tenang adalah orang yang mudah untuk memaafkan sesungguhnya kemaafan itulah yang memberi ruangan hati untuk melepaskan segala kesakitan di dalamnya.
  • Modul Ketiga adalah menyayangi – Haaa,jangan tak tahu menyayangi pun ada cara yang sangat efektif dan membina keikhlasan dan keredhaan dalam menjalani kehidupan ini. Jadi tak ada ler isu aku nie beri madu tapi orang berikan aku racun kan. Al-maklum memberi dan menyayangi pun ada seninya. Ada teknik dan cara yang diajar di dalam DVD 21 Hari Ajari Hatiku ini tentang bagaiman untuk mengembangkan rasa cinta dan kasih sayang dalam diri kita ini. Sangat amazing sangat you all, cinta dan kasih sayang dalam diri kita ini lebih besar dari segala kesakitan, ketakutan, kekecewaan dan kesedihan diri kita. Jadi bagaimana untuk mengakses kasih sayang tue kan? Haaa, inilah yang korang kena dapatkan DVD 21 Hari Ajari hatiku ini dan rasai sendiri apa yang aku katakan ini. Hahaha, mana sama kalo aku cerita kat korang tapi korang tak rasai kan? Biarlah rasai kenikmatan cinta yang sangat hebat anugerah Allah pada kita semua setiap insan dalam dunia ini.
DVD 21 Hari Ajari Hatiku
DVD 21 Hari Ajari Hatiku

Jadi kesimpulan yang aku dapat buat di sini DVD 21 Hari Ajari Hatiku Super Best dan sangat digalakkan setiap rumah untuk ada satu set DVD 21 Hari Ajari Hatiku ini kerana bagi aku ini adalah umpama kamus untuk hati you all dan seisi keluarga. Sekali pasang DVD 21 Hari Ajari Hatiku ini di rumah, seisi keluarga boleh belajar ilmu hati untuk bekalan kehidupan dunia dan akhirat kita nie kan. Kamus atau Dictionary untuk mendapat hati yang damai, bahagia, gembira, ceria dan tenang. Apa lagi yang kita cari dalam kehidupan kan? sudah semestinya elemen yang aku nyatakan ini. Kebahagiaan dalam kehidupan adalah impian semua orang dalam kehidupan kan? Biarlah kita memperolehi kebahagiaan di dunia dan di akhirat kan? Jadi mestilah berusaha untuk dapatkan hati seperti ini kan.

Oleh itu jomlah kita berusaha dengan membuat latihan di dalam DVD 21 Hari Ajari Hatiku dan disertakan dengan amalan yang lain seperti membaca A-Quran, solat, zikirullah dan membuat kebaikan di dunia ini. Amin. Aku doakan semoga kita semua memperolehi kebahagiaan, kegembiraan, kedamaian, keceriaan dan ketenangan dalam hidup kita semua sehinggalah ke akhir hayat kita.Amin. Memperolehi syurga dunia dan akhirat adalah satu nikmat yang tiada tolok bandingannya. Aku sayang korang semua.

Note : untuk yang nak dapatkan DVD 21 Hari Ajari Hatiku boleh hubungi aku di 013-3331610 atau whats app sini  : www.wasap.my/60133331610/DVDAJH

Kalau ada yang tak ada DVD player, boleh jer whatsapp aku jugak aku ada solusi untuk masalah itu jugak. Hahah, be kreatif yer, aku bantu korang dapatkan ilmu dan memudahkan korang dapat ilmu ini walau apa jua caranya. I love me and all of you.

#ehaticoach
#coachIzaBakar
#pelapisehaticoach
#ehaticoachmentoring
#diariseorangisteri
#bahagiaceria
#lovestriker

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *