Destinasi Percutian Idaman

Bestnya topik ini aku rasa dah memang orang yang suka travel bab-bab bercuti memang ler yang aku tunggu-tunggu kan..hihi..

Aku pilih Bali Indonesia sebagai destinasi percutian idaman aku. Korang tau dah 2 kali aku beli plane tiket nak pegi Bali ini tau tapi kedua-duanya kena cancel atas sebab yang tak dapat dielakkan. Sedih sungguh masa tue. Takper adalah hikmahnya tue.

Kenapa aku nak gi sangat ke Bali ini kan. Allahuakbar tempat-tempatnya cantik sangat dan suasana naturenya sangat menenangkan. Aku sangat suka nature sebabnya dapat lihat kebesaran Illahi yang super cantik dan awesome. Allahuakbar. Segala puji bagiNya.Amin.

Moga dapat bawa seisi keluarga bercuti di tempat indah dan cantik ini. Kerana bersama mereka dapat kurasai kebahagiaan menikmati kecantikan ini bersama-sama dan dapat pi golek-golek kat tepi pantai dengan anak-anak. Wah bestnya korang. Aduhai dah terbayang-bayang dah sampai kat sana.

Haaa…soal budget banyak jugak nak kena simpan nie. Dengan flight tiket dan kediaman lagi kan. Apa-apa pun insyaallah dengan izinNya aku sampai ke sini by tahun 2017 nie. Doakan yer.

Owh terlupa pulak dapat ler melawat guru kesayanganku puan Diyana Tahir nanti bila pi sana kan..hihi..🙂

Note : art work kat sana pun cantik-cantik. Owh i love nature and art..🙂make me blossom from inside.

bali2 bali3 download

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *