Daya Ketahanan Badan

Bila kita bercerita tentang imuniti diri, ianya sudah tentunya adalah daya ketahanan badan untuk melawan penyakit dan jangkitan pada diri kita.

Secara am nya memang tubuh kita sudah ada imuniti diri untuk melawan penyakit mahupun jangkitan yang bakal dihidapi itu. Tetapi tahap imuniti diri boleh menjadi rendah kerana pemakanan dan kekurangan nutrisi dalam tubuh, serta gaya hidup kita juga turut mempengaruhi imun body kita.

Senang citer nya begini, askar-askar dalam tubuh kita iaitu sel-sel perlu diberikan pemakanan dan nutrisi lengkap untuk mendapat askar-askar yang sihat dan kental tau. Kalau gaya pemakanan dan gaya hidup yang kita amalkan tidak memberi semua ini kepada mereka, Bagaimana mereka boleh menjana dan membina askar-askar yang dapat menahan diri dari sekarang penyakit mahupun jangkitan kan?

Lagi satu factor usia turut mempengaruhi imun body jugak. Semakin berumur imun body kita akan makin menurunkan jika kita tak jaga ianya betul-betul tau. Jadinya aku setiap hari amik vitamin C dan vivix untuk membina pertahanan diri yang sentiasa optimum. Selain itu pastikan berikan kehidupan yang aktif pada diri jugak yer untuk membina tubuh yang sihat dan emosi yang baik.

Oklah jom berusaha berikan yang terbaik pada diri dan keluarga😍

Note : hidup perlu seimbang, jaga yang di dalam juga jaga yang di luar…jangan lupa berzikir dan berselawat…ini juga untuk membantu dalaman yang kuat dan tegar yer…😃photogrid_1479795571223

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *