Cabaran bisnes Shaklee

Cabaran bisnes Shaklee? Aku dah masuk bertahun2 dah wat bisnes Shaklee nie.Dah banyak ragam customer yang dilalui. Ada yang senang nak handle ada yang masyaallah rumit dan penuh cabaran.

Yang paling mencabar aku rasa cabaran harganya yang seperti nak kena redah lautan merah tau.Cabaran ada yang pemain2 di dalam liga bermain harga yang super rendah dari pasaran.Hanya untuk mengejar pangkat dan rank sanggup menjual dan mencantas pasaran dengan harga vip ahli kepada umum. Di mana letaknya privilege keahlian jika segalanya kita pukul rata dengan harga yg sama. Jaya Jusco pun diorg jual harga ahli hanya pada ahli Tapi lain dengan Shaklee nie.

Aku hampir give up dengan isu ini. Tetapi setiap hari aku berdoa Allah hantarkan customer yang baik2 sahaja buatku. Alhamdulillah walau ada satu ketika aku hampir nak menguburkan bisnes Shaklee aku ini. Namun setiap hari pulak Allah hantar customer yang baik2 dan mereka tak kisah pun tentang harga.Yang penting mereka dapat servis dan consultation terbaik.

Jadinya aku masih kekal berbisnes Shaklee Sampai sekarang sebab aku sangat suka bantu orang kekal sihat dan mendapat kesihatan terbaik buat diri dan keluarga.

Note : rezeki itu milik Allah jadinya Dia yang membuka hati dan melorongkan aku buat bisnes ini. Alhamdulillah syukur masih bertahan sehingga kini.

cabaran-bisnes-shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *