Bisnes Shaklee Bantu Aku

Bisnes Shaklee Bantu Aku. Ini topik pilihan aku nak share dengan korang semua. Apa benda yang Shaklee bantu ini kan? Saspen pulak yer tidak? Hahaha…

Sebenarnya begini, masa mula-mula aku decide nak berhenti kerja tue, punyalah takut tau korang. Iyalah dah bertahun-tahun kerja sentiasa ada duit gaji yang menunggu setiap bulan. Cukup bulan kacing duit masuk dalam bank.

Tetiba dugaan Allah datang, aku terpaksa buat keputusan untuk berhenti kerja terus. Teruslah rasa Ya Allah camner nie, gaji bulan-bulan dah tak ada. Bank dah tak ada bunyi kacing cukup bulan kan. Mulalah kerisauan menerpa. Masyaallah jahil sangat aku masa tue, terlupa yang rezeki kat tangan Allah bukan kat tangan bos atau company kan.

Mulalah episod duka lara dalam hidupku. Rasa dunia bagai nak runtuh. Hutang banyak lagi yang belum diselesaikan. Duit-duit simpanan abis semua korek nak bayar itu ini. Tapi aku bersyukur sangat-sangat aku dah buat bisnes Shaklee masa tue, dapatlah juga duit bonus Shaklee tue menampung belanja dan bayar hutang aku tue.

Bila aku fokus bisnes Shaklee betul-betul Alhamdulillah bonus Shaklee lah yang jadi main income aku sekarang ini. ┬áDapat bayar hutang, buat belanja rumah bantu suami aku, dapat buat belanja travel dengan keluarga dan keluar makan-makan. Dari aku yang tak tentu arah tue sekarang dah makin baik. Seronok dapat tolong orang sihat dan dapat bagi perhatian yang lebih kat anak-anak sebab mamanya work at home mom. Jana income dari rumah jer. Click-click kacing duit masuk dalam bank. Hahaha…serius best korang😄

Oklah bisnes Shaklee ini bukan sekadar duit tapi lebih dari itu. Ikatan ukhwah dengan team member tue super best. Ilmu pulak tak payah citer memang semuanya rajin share ilmu-ilmu agama, ilmu motivasi dan bangunkan diri,ilmu-ilmu bisnes, marketing, ilmu parenting dan ilmu kesihatan tue memang sentiasa ada.Syukur aku kenal bisnes Shaklee ini😍

Bisnes Shaklee Bantu Aku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *