Balik Kampung di Cuti Sekolah Sambil Buat Bisnes Online

Yehaa cuti sekolah datang lagi. Tajuk hari ini Balik kampung di cuti sekolah sambil buat bisnes online. Sempena cuti sekolah balik kampung nie best meriah sebab ramai anak-anak sedara pun balik kampung sekali.Al-maklum diorang semua dah sekolah jadi bila cuti sekolah lah semua-semua berjumpa kan.

Walaupun anak aku sendiri belum sekolah lagi Tapi time cuti sekolah adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh diorang sebab dapat balik kampung dan enjoy main dengan sepupu diorang.Hihi…bebudak ramai-ramai ler seronok kan.

Balik kampung bukan satu penghalang untuk terus berbisnes tau. Al-maklum bisnes online kan boleh buat di mana sahaja. Jadinya walau balik kampung sekali pun bisnes online tetap diteruskan. Menguruskan order customer, beri consultation dan mengepos barang-barang perniagaan masih boleh dilakukan.Best ke best korang?Tiada limitation untuk lokasi di mana kita berada. Semuanya boleh dilakukan dengan mudah selagi ada internet connection.

Anyway best tau balik kampung nie. Umah Mak aku pemandangannya gunung-ganang jadinya scenery yang menenangkan dan best hijau jer. Banyak idea dan ilham-ilham boleh dapat dari situ.😍

Note : bisnes online ini borderless dan timeless…hihi…kena pandai-pandailah menguruskannya.

Balik kampung

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *