Bagaimana Kanser Terjadi?

Hari ini Iza nak share ilmu ini, bagaimana kanser terjadi?

Zaman sekarang ini ramai yang sangat terdedah pada penyakit yang super serius ini. Kalau dulu susah kita nak jumpa pesakit kanser ini tapi sekarang oleh kerana cara hidup dan pencemaran di keliling kita sangat ramai yang terdedah pada risiko sakit kanser ini.

Seperti yang kita semua sedia maklum, dalam tubuh manusia terjadi dan terbentuk daripada sel-sel yang membentuk organ dan tubuh badan itu sendiri. Jadinya dalam sel pula terdiri daripada nukleus, manakala dalam nuklues terdiri daripada gene dan dalam gene terdiri daripada DNA.

Pada DNA kita ini, ada umpama penutup security yang dinamakan telemore.

Tahukah anda telemore ini boleh menjadi nipis akibat daripada pemakanan, cara hidup yang stress dan juga perokok menyebabkan telemore dalam diri kita itu memendek dan menyebabkan satu tahap DNA itu sudah tidak ada protection dan menyebabkan mutasi DNA yang rosak terjadi. Pemerebakkan sel DNA rosak ini menghasilkan sel rosak yang dinamakan sel kanser.

Punca seterusnya adalah disebabkan pendedahan diri pada radikal bebas. Apa pulak ini kan? Ok radikal bebas adalah elektron yang tidak seimbang yang ada dalam udara yang tercemar, makanan proses, asap rokok dan segala bentuk pencemaran yang ada disekeliling kita. Elektron yang tidak seimbang ini memasuki tubuh badan dan menganggu sel-sel dalam tubuh dan menghasilkan sel kanser. Jika makanan ianya lebih dikenali sebagai makanan yang mempunyai karsinogen yang mempercepatkan penghasilan sel kanser seperti makanan sejuk beku (frozen food), makanan bergrill ( yang ada arang-arang hitam tue) dan yang bubble bulat-bulat hitam yang kita selalu beli letak dalam Bubble Tea tue dan daging merah.

Kesimpulannya, punca sakit kanser sangat berkait rapat dengan cara hidup dan cara pemakanan yang kita amalkan. Penting sangat untuk kita berdoa pada Allah dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang terbaik untuk dielakkan pada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *