Hariz dan Herbal Blend

Citer tentang Hariz anak keduaku ini, memang mencabar masa zaman keciknya…hihi…tapi itu yang membuatkan mama dia jadi kuat dan tabah..🙂

Ok gini citernya tentang Hariz dan Herbal Blend, Hariz masa umur 8 bulan camtue, dia dihantar ke rumah orang untuk diasuh semasa aku kerja.Masa tue kerja lagi kan. Jadi terpaksa hantar anak ke rumah asuhan.

Aku nie Alhamdulillah jenis yang memang susu mencurah-curah rezekinya Allah Taala berikan. Jadi memang dia nie fully breastfeed along the way la kan. Masa tue memang tak ada masalah kulit sangat cuma merah-merah biasa bila panas kan.

Bila dia diperkenalkan dengan makanan, dia jadi alahan teruk jugak tau. Abis merah-merah satu badan naik ruam-ruam dan gatal-gatal pulak tue. Kesian sangat-sangat tau.

Aku dan hubby pun bawak dia pergi jumpa pediatrician kat TamanTun Dr. Ismail. Doktor cakap Hariz kena ekzema. Banyak benda yang dia kena jaga. Persekitarannya, makanannya, chemicalnya dan cuaca semua boleh menyumbang pada ekzema dia nie.

Doktor suggest amik sabun tanpa kimia, krim tanpa kimia…senang citer semuanya yang natural lah. Aku mula-mula tue sapu krim yang doktor suggest. Tapi pastue kebetulan kan Shaklee ada krim Herbal Blend yang natural dan tiada paraben nie aku pun cuba.

Korang tau Alhamdulillah sejak sapu herbal blend kat kulit Hariz, ekzema teruknya yang merah menyala-yala dah makin pudar dan pudar sehingga akhirnya hilang terus.

Jadi bermula titik itu, memang aku tak sapu krim lain dah memang Herbal blend lah yang disapu pada kulit Hariz setiap hari.Aku yakin memang terbaik untuk kulit Hariz. Tapi seyes korang licin jer kulit si Hariz nie cam kulit baby sampai ler sekarang dah nak masuk 3 tahun dah anak aku nie.

Banyak yang aku dengar krim kat luar sana yang boleh bantu ekzema tapi bila kerap disapu ada satu tahap akan bagi kulit anak tue jadi lagi teruk sebab krim-krim tue ada steroid. Jadi untuk ibu-ibu di luar sana silalah berjaga-jaga dan pilih pilhan yang tepat untuk anak anda yer.

Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat untuk anda semua.

Jom gunakan krim yang 100% natural dan selamat dipakai tanpa kesan sampingan yang memudaratkan. 100% tiada paraben itulah Herbal Blend namanya.

Note : Selamat memilih yang terbaik untuk anda dan keluarga anda. 🙂

hariz_star

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *