Apa Orang Kata Vs Apa Allah Kata

Hari ini nak share tentang isu Apa Orang Kata Vs Apa Allah Kata.

Ceritanya begini, semasa duduk menunggu tadi, saya perasan seorang ibu nie, duduk betul-betul depan saya.

Muka mencuka jer. Ntah apa ler masalah yang dihadapi. Keadaan dirinya macam tegang sangat rupanya.

Anak di sampingnyalah jadi satu tempat luahan kemarahan. Diberikan sebungkus roti kemudian anaknya buang bungkusan roti ke bawahnya.

Maknya muka mencuka marah dan berkata begini : ” kenapa buang bawah tue, nanti orang marahlah buang merata-rata”.

Terkebil-kebil muka anak kecil tersebut.

Saya perhatikan saya dulu juga suka cakap gitu, nanti orang marah, nanti orang nampak, nanti orang kata apa, nanti orang fikir apa, nanti orang tak suka,nanti orang hina, nanti orang itu nanti orang ini.

Budaya hidup takutkan apa orang lain kata ini dah jadi dominan pulak kan. Bukan ker lebih baik kita terapkan Allah nampak semua yang kita buat. Allah suka pada kebaikan.Jadi kita buat apa pun sebab takutkan Allah dari takutkan manusia.

Kesedaran yang sangat deep.Jadi ada orang ke tak ada orang ker, kita akan terus buat kebaikan. Betul ke betul kan?

Penting sangat untuk kira sentiasa sedar apakah mentaliti di dalam diri kita sama ada kita lebih fokus apa orang kata v Apa Allah Kata kan? Sesungguhnya peraturan Allah Taala itu sangat sempurna dan ianya mudah untuk kita buat berbanding apa yang orang kata. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *