Amalan Untuk Kekal Positif


Amalan untuk kekal positif. Hari ini nak share amalan yang aku buat untuk kekal positif. Semuanya bermula dengan diri kita yer.

Bermula dari bangun pagi tue, aku bangun setiap hari ucapkan Alhamdulillah syukur Allah masih berikan aku bernafas dan masih boleh menjalani kehidupan di dunia dan beribadah lagi hari ini.

Seterusnya masuk toilet ada cermin senyum manis-manis kat diri sendiri. Iyer itu permulaan sedekah untuk diri sendiri. Bagi senyuman yang sangat penuh kasih sayang pada diri sendiri. Serius setiap hari buat begini, kita mudah nak senyum kat orang lain pulak. Sampai ada satu tahap aritue aku kena tegur dengan seorang abang, senyum jer adik nie happy selalu.Hahah…

Bila kita bagi kasih sayang yang banyak pada diri kita baru diri kita happy. Bila kita happy baru kita boleh berkasih sayang dengan yang lain dengan mudah. Bila hidup penuh dengan kasih sayang dan kesyukuran, maka positif vibes will always with you.

Anyway, ada jugak kekadang bangun muka mencuka dan berkerut-kerut. Tapi aku paksa jugak diri untuk senyum. Dah aku sendiri tak suka tengok muka mencuka aku tue, agak-agak orang lain suka ker kan?

Amalan yang sangat simple tapi memberi impak besar dalam hidup sehari-hari tau. Sebab itu kita sentiasa digalakkan senyum. Senyum tue kan sedekah. Kalo senyum pun kita berkira, agak-agaknya yang lain berkira jugak dok?

Oklah jom mulakan latihan senyum semua. Pi amik cermin senyumlah pada diri sendiri tue. Diri tue rindu kat diri yang ada senyuman manis tue😋

Note : kalo rasa tak leh senyum, ingat moment-moment bahagia, confirm boleh tersenyum sorang-sorang kan😜

Amalan Kekal Positif

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *