Ajari Hatiku Day 2 – Mensyukuri Pada Perkara Yang Ada Ketika Ini

Salam semua, hari ini Iza nak share Ajari Hatiku Day 2 – Mensyukuri Pada Perkara Yang Ada Ketika Ini. Alhamdulillah syukur dapat lalui latihan 21 hari Ajari Hatiku Online Coaching hari ini. Dah masuk hari kedua hari ini, penekanan latihan hari ini pada mensyukuri perkara yang ada ketika ini. Semalam penekanannya pada perkara yang belum kita dapat dan capai.

Sesungguhnya kita sering kali macam-macam kita nak dalam hidup ini kan. Tapi sedarkah kita yang kita ada hari ini adalah hasil tuaian kita pada sebelum ini. Maknanya keinginan kita sebelum ini adalah apa yang kita dapat hari ini. Betul ke betul kan? Jadi sudahkah kita bersyukur dengan apa yang kita ada hari ini. Istilah syukur ini sering kali meniti dibibir kita tapi adakah betul-betul ianya menusuk terus ke dalam jiwa dan hati kita. Kesyukuran yang mendalam bakal memberi perubahan besar dalam hidup kita. Percaya ke percaya kan?

Itulah yang Iza alami selama ini. Sebelum ini Iza ini seorang yang kuat complaint. Itu ini ada sahaja yang tak kena. Tambah pulak dengan sikap perfectionist lagilah ada jer benda yang nak teliti dan ada sahaja benda yang tak puas hati. Masyaallah tersasar jauh saya dulu tue. Rasa diri ini bagus sangat tapi apa yang bagusnya entahlah kan. Saya terlalu sedikit bersyukur.Bersyukur bila dapat duit, bila dapat anak, bila dapat kawin, bila dapat berita gembira dan semua yang best-best dan yang di luar sahaja.

Setelah jalani latihan hari kedua ini, saya sedari, perkara yang sentiasa ada dan masih ada pada diri Iza iaitu tubuh badan Iza  sendiri Iza alpa dengan anugerah Allah yang sangat hebat ini. Korang tahu kalo tak ada tubuh ini macam manalah agaknya nak jalani kehidupan kat dunia ini kan. Mencurah-curah air mata mengalir bila sedar yang dah terlalu lama aku abaikan tubuh pemberian Allah padaku ini. Bila jalani latihan terapi syukur ini memang menyedarkan bahawa contohnya mata yang ada pada Iza ini sangat berjasa memberi keindahan dan warna-warni kehidupan dalam diri ini. Dengan mata ini dapat lihat wajah sendiri setiap hari, dapat lihat wajah anak-anak, wajah suami dan keindahan alam yang cukup indah disekelilingku ini. Allauakbar, saya sedari Allah terlalu sayangkan saya lebih dari saya menyayangi diri saya sendiri. Ampuni saya Ya Allah, hambaMu yang terlalu banyak dosa dan kealpaan dalam hidup ini. Terima kasih memberikan kesedaran demi kesedaran dalam diriku ini.

Saksikan Iza live tentang topik ini  🙂

 

Jika ada sahabat yang ingin merasai apa yang Iza rasakan, sahabat boleh dapatkan DVD 21 hari Ajari Hatiku Online Coaching di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *