Ajari Hatiku Day 1-Mensyukuri Perkara-Perkara Yang Belum Tercapai

Alhamdulillah syukur hari ini, Iza nak share tentang Ajari Hatiku Day 1-Mensyukuri Perkara-Perkara Yang Belum Tercapai.

Syukur Ya Allah hari ini Iza dapat mulakan balik latihan di dalam Buku Ajari Hatiku bersama dengan Video Ajari Hatiku 21 hari online coaching by Diyana Tahir. Walaupun coaching melalui video, tapi rasa macam Puan Diyana buat video live cakap dengan kita. Hari ini hari pertama dan dalam latihan ini kita di guide untuk mensyukuri perkara-perkara yang belum tercapai. Senang cakap impian-impian yang belum tercapai lagi.

Sebelum ini, Iza ini seorang yang sangat ambitious. Selalu sangat berimpian tinggi dan bila tak capai ada rasa kecewa yang teramat sangat tau. Iyerlah selalunya Iza ini jenis yang beria sikit. Kalau nak sesuau tue akan buat dan berhempas pulas nak buat sampai dapat. Tapi bila tak dapat kecewa sering tiba, dan mulalah dilema muram durja dan demotivated dan rasa diri tak cukup bagus la, rasa diri ini tak pandai la, rasa diri ini lembap la.

Tapi Alhamdulillah syukur setelah lalui dan buat latihan di dalam video ajari hatiku 21 hari online coaching hari ini di Ajari Hatiku Day 1-Mensyukuri Perkara-Perkara Yang Belum Tercapai, Iza sedari bahawa ada hikmahnya impian Iza itu belum tercapai melalui teknik yang diajar di dalam video ini. Hikmah paling besar yang Iza dapat adalah di saat dan ketika ini, di saat impian untuk memiliki Talk Show sendiri macam Oprah Winfrey Show tue belum tercapai, Iza punya banyak masa dengan Allah dan keluarga. Lebih banyak sujud pada Allah dan merintih serta berdoa pada Allah. Dari situ, Iza sedari banyak benda yang boleh Iza syukuri ketika dan saat ini. Iza punya masa untuk bermain-main dengan anak-anak dengan suami dan keluarga yang lain. Iza banyak masa untuk belajar untuk memperbaiki diri dan mensyukuri perkara-perkara yang Iza boleh buat dan nikmati sekarang ini.

Allahuakbar dengan kesedaran ini, setiap hari pipi akan dibasahi air mata kesyukuran kerana Allah memberi masa untuk merapatkan dan mendekatkan diri padaNya. Syukur yang teramat sangat dirasakan.

Ada yang berminat untuk dapatkan DVD 21 Hari Ajari Hatiku boleh click link SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *