4 Tips Pilih Skincare

4 Tips pilih skincare ini topik yang sangat sinonim dengan orang perempuan ini. Penjagaan muka penting sangat ini.Muka itu aset ok. Kalau kita tak jaga sapa ler nak tolong  jagakan kan.

Oklah macam aku sendiri memang dari sekolah lagi bab-bab muka memang serius jaga sangat. Hahaha…zaman dedulu bila jerawat naik kat muka mulalah cari pucuk jambu tepek dengan bedak sejuk. Kalau tak pun guna asam jawa jer.

Tapi dah besar ini dah guna skincare dah.Dah maju sikit. Oklah nak bagi tips memilih skincare :

1) Beli yang bersesuaian dengan kulit sendiri tau. Ikut korang jenis kulit kering ker, kulit berjerawat ker ,kulit normal, kulit kombinasi ker atau kulit berminyak. Jangan main hentam jer nanti kulit jadi lagi teruk.

2) Beli skincare yang tidak mengelupaskan kulit sampai kulit nipis nak kena matahari pun tak boleh.Bahaya ini, kawan sekolah aku dulu ada ambil skincare begini, serius kulit jadi merah dan pedih korang.

3) Beli skincare yang diluluskan oleh KKM. Penting ini untuk elakkan barangan terlarang yang boleh memudaratkan kulit kita seperti merkuri.

4) Lihat reaksi kulit kita bila dah pakai skincare yang kita beli tue. Adakah makin baik kulitnya atau makin teruk berjerawat, makin merah kulit menyala-yala, ada tompok-tompok kesan reaksi kulit allergik ker. Kena monitor ini jangan biar dah teruk sangat baru nak ambil tindakkan.

4) Elakkan beli skincare yang boleh memutihkan kulit dalam masa yang singkat.Contoh pakai 3 hari kulit jadi putih terang benderang la kan. Banyak chemical kalo gitu. Bahaya Ooo. Tak payah ghairah sangat nak putih cepat-cepat nanti kesan jangka panjang kena kanser kulit pulak. Nak ker?

Kesimpulannya jom kita memilih skincare yang terbaik buat diri kita. 😄

 



 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *