3 Tips Menaikkan Semangat Bila Rasa Down Dalam Hidup Atau Bisnes

Hari ini nak kongsikan 3 tips menaikkan semangat bila rasa down dalam hidup atau bisnes. Sesungguhnya nama pun manusia kan pasti ada pasang surut dalam kehidupan kita kan. Begitu juga emosi kita ini ada naik ada turunnya.

Aku juga begitu ada masa bersemangat waja rasa semua boleh buat. Ada masa rasa lemau jer. Bangun pagi pun rasa tak larat rasanya. Itulah nak kena boost balik energy kalo lembik-lembik gitu. Ini tips apa yang aku buat bagi boost balik energy Tue.

Tips pertama aku akan duduk sorang-sorang dan kaji apa yang melemahkan semangat juang aku hari Tue. Bila dah kenal pasti aku akan hening (ala-ala cam yoga Tue) jaga pernafasan supaya otak jadi tenang dan tak serabut.Selalunya otak serabutlah menyebabkan kita down. Banyak mak nenek yang difikirkan. Time ini boleh Istighfar banyak-banyak mohon ampun kat Allah.

Tips kedua bawa sedar diri, syukur banyak-banyak Allah bagi nyawa dan berbagai nikmat yang terlalu banyak¬†dah.Lagi nak down dan tak bersyukur. Mau rasa nak luku diri sendiri. Cakap dengan diri sendiri , Allah bagi cabaran ini mesti aku mampu lalui. Belajar Terima diri ini pun ada kelemahan dan kekuatan nya. Rahsia Cermin Ajaib (RCA) korang ini bagus untuk motivate diri. Selalu cakap kat cermin tengok muka sendiri cakap aku boleh…pasti boleh lalui semua ini.¬†

Tips ketiga, tengok muka anak-anak terus rasa lemau, rasa down, rasa tak larat automatic kena buang jauh-jauh. Diorang lah penguat diri, bagaimana pun cabaran hidup mahupun bisnes dapat diredah. Tak mahu mereka rasa susah. Biarlah mereka dapat yang terbaik kan. Moga mama diorang ini terus menjadi mama yang cekal dan bersemangat. Amin.

Oklah moga sedikit nukilan ini dapat memberi manfaat pada korang semua. Aku doakan kita semua bahagia di dunia dan akhirat.Amin.

Note : dunia bisnes adalah dunia perjuangan yang memerlukan kekentalan semangat yang waja.

Penguat Semangatku

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *