21 Hari Ajari Hatiku

Ada yang bertanya saya ingin berubah. Saya nak jadi macam puan.Seronok dan bahagia jer. Latihan 21 hari Ajari Hatiku banyak membantu perubahan saya.
 
Sesungguhnya sahabat-sahabat semua, diri saya yang anda lihat ini, ada kisah suka duka yang saya lalui sepanjang hidup saya juga. Banyak perit jerih dan air mata sudah berguguran.
 
Saya pernah terperuk dan menangis, menangis dan menangis di bucu katil sehingga saya sendiri katakan apalah guna hidupku ini jika setakat menangis terperuk tepi bucu katil begini kan?
 
Bukan mudah menerima kenyataan dan meninggalkan kemewahan dan lifestyle gaji 5 angka yang saya pernah ada satu ketika dulu. Saya juga manusia biasa yang punya keinginan dan kehendak yang nak macam-macam. Tetapi saya memberanikan diri dengan mengatakan pada diri untuk berhenti dan meneruskan kehidupan dan mengubah cara fikiran saya.
 
Di sinilah saya menemui Ehati dan bermulalah perjuangan saya untuk mengubah diri. Saya beli buku Ajari Hatiku dan khatam baca jer dah tak ingat berapa kali. Buat latihan secara konsistent dah masuk 4 kali. Ketika itu belum ada DVD Ajari hatiku lagi.
 
Bila ada DVD Ajari Hatiku, saya rasa memang sangat best dan lebih mudah untuk memahami latihan-latihan di dalam 21 hari Ajari Hatiku sebab guru membimbing directly. Boleh lihat muka guru yang membimbing, boleh dengar kata-kata guru, dapat explanation lebih mendalam tentang isi kandungan setiap topik dan latihan dengan lebih intensif. Saya bersyukur tak terkata bila guru sanggup luangkan masa untuk buat DVD 21 Hari Ajari Hatiku ini untuk memudahkan sesi pembelajaran untuk semua.Allahuakbar, dengn DVD ini sahaja dah 2 kali saya khatam latihan melalui kaedah ini.
 
Jadi apa lagi yang saya nak katakan di sini, saya sangat komited untuk berubah sahabat-sahabat, saya tahu hanya diri saya boleh bantu diri saya berubah secara total. Saya yang boleh berikan pendidikan dan ilmu pada fikiran dan saya juga yang perlu mengizinkan diri saya untuk melalui setiap latihan ini untuk mendapat kesan dan impak yang saya mahukan dalam diri saya.
 
Guru hanya boleh membimbing. Tapi diri sendiri yang perlu mengizinkan dan tekad betul-betul untuk berubah.Kini Alhamdulillah setelah melalui semua latihan ini, pattern dan pola fikiran saya semakin saya kenali dan menyebabkan saya semakin menyayangi diri dan orang-orang di sekeliling saya.
 
Sebab itu bila mana ada yang tanya saya hanya boleh katakan adakah sahabat-sahabat betul-betul nak berubah dan komited untuk berubah? Saya hanya boleh membantu proses transformasi sahabat-sahabat. Yang perlu lalui dan izinkan adalah diri sahabat-sahabat semua.
 
Bermulalah dengan dapatkan DVD 21 Hari Ajari Hatiku ini dan buat latihan-latihan yang bagi saya nilainya tak setara dengan RM190 yang dibayar. Bayangkan latihan 21 hari tue. Ilmu nya saya rasa nilai ratusan ribu ringgit dan ada juga yang tak ternilai harganya. Allahuakbar rasa nak nangis ketika ini rasa nak peluk puan guru yang sanggup memberi saya dan kita semua ilmu beliau dengan harga yang sangat tak masuk akal tau.
 
Moga Allah permudahkan segala urusan dan rahmati beliau sentiasa. Al-fatihah buat guru yang membimbing.
 
Click di link ini untuk dapatkan DVD 21 Hari Ajari Hatiku yang bakal merubah pattern fikiran yang selalu menghantui diri kita ini.
21 Hari Ajari Hatiku
21 Hari Ajari Hatiku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *