Pemergian Mak Tercinta

Minta maaf wahai sahabat-sahabat semua, lama dah tak update citer dalam sini.Dah masuk minggu kedua mak tercinta telah pergi selamanya.

Dalam tempoh ini memang tak dapat nak berfikir sangat untuk mencoretkan nukilan di blogku ini. Alhamdulillah hari ini otak dah kembali segar dan bisa mencoretkan bingkisan jiwaku di sini.

Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Menyayangi menguji diri ini dengan pemergian mak yang amat aku kasihi.Namun dalam kesedihan ini tersemat rasa syukur yang sangat mendalam melihat pengakhiran mak yang sangat cantik dan dimudahkan olehNya.

Mak pergi akibat kegagalan fungsi buah pinggang dan hati akibat dari kuman leptorosis (kencing tikus ini). Kami sekeluarga sangat terkejut dengan kejadian ini.

Bayangkan tanpa satu simptom pun mak rebah dan tak mampu bergerak lagi. Hari pertama di masukkan ke wad manakala hari kedua sudah dimasukkan ke ICU kerana sudah tidak sedarkan diri. Hari keempat mak pergi selamanya meninggalkan kami di sini.

Hati ini sangat sayu dan sedih ketika dan saat itu. Ingat lagi kali terakhir mengusap rambut mak dan memohon keampunan yang tak terhingga darinya, ada air jernih yang gugur dari mata mak ketika itu. Ya Allah aku ini hambaMu yang terlalu banyak dosa,ampunkanlah aku ini.

Namun aku redha pemergian mak ini. Hati walau sedih tapi ada ketenangan yang berbeza dari pemergian abah dulu. Aku lihat perginya seorang hamba yang sangat baik dan taat padaNya pulang dengan penuh senyuman dan ketenangan kembali pada Dia Yang Abadi. Alhamdulillah perjalanan pengurusan jenazah semua dipermudahkan dan segalanya berjalan dengan lancar sekali.

Pagi Jumaat penuh barakah mengiringi pemergian mak.Cuaca yang cantik, sanak saudara yang ramai memenuhi ruang rumah dan segala urusan dipermudahkan olehNya. Terima kasih Ya Allah atas kasih sayangMu ini.

Pemergian Mak Tercinta

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *