Mighty 3 Gems Wajib ada di rumah tau

Alhamdulillah lagi 10 hari sahaja Ramadan tinggal berbaki. Memang dah hujung-hujung ini, banyak dugaan dan cabaran yang dapat dirasai. Bangun sahur pun nak mengunyah makanan pun rasa cam sukar dah kan.

Inilah masa untuk kita perbanyakkan amalan untuk diri kita ini. Semakin banyak bersujud dan beribadah pada pencipta kita kan. Tapi masa inilah rasanya cam nak sempot ler pulak.

Aku suggest korang amik mighty 3 gems ini. Seyes aku amik set ini masa menyusukan Hariz dulu Alhamdulillah susu meriah dan mencurah-curah walaupun masa tue bulan puasa tau. Badan pun kekal bertenaga dan badan pun rasa segar jer tau.

Alhamdulillah semuanya dengan izinNya kan. Kita berusaha yang lain Allah yang tentukan. Terima kasih Allah berikan yang terbaik untuk diri ini dan keluarga.

Haaa…lagi satu mak aku ini kan dah berumur, time-time puasa memang mencabar jugak untuk dia. Alhamdulillah bagi set ini dia dapat puasa dengan jayanya. Dapatlah dia bergerak menguruskan diri dia sendiri dengan penuh tenaga walaupun di bulan Ramadan ini.

Jadi jom dapatkan set Mighty 3 Gems ini untuk diri dan orang-orang yang tersayang. Moga mereka dimudahkan berpuasa dan beribadah di bulan-bulan mulia ini.

Note : suka sangat set ini…time preggy amik set ini best sangat. Kalo tak mau sempot jugak mak boyot ini. Paling penting kandungan air dalam badan kena maintain jer tau. Alhamdulillah mujur ada performance drink dalam set ini yang membantu.

Set Mighty 3 Gems

Idola Perniagaan

Ada yang Tanya aku siapa idola Perniagaan aku? Hihi…banyak sebab aku nie baru sangat belajar meniaga nya. Jadi memang banyak lagi nak kena belajar selok belok berniaga nie.

Tapi salah sorang nya guru aku ini Puan Diyana Tahir. Aku kagum sangat dengan beliau ini. Mula-mula start kenal dan tahu tentang beliau masa Tue IMKK 2014. Beliau jadi hot seat program Tue. Allahuakbar terkesima dengar beliau dapat menjana beratus ribu dalam beberapa minit jer. Hebat nya beliau kan.

Akhirnya Allah takdirkan aku ikut serta program Ehati pada tahun 2015. Terus dapat kenal beliau secara live tau. Ya Allah she is amazing with her words, personality and very humble person. Terkejut jugak wah orang yang super berjaya ini sangat peramah rupanya. Suka sangat kat beliau.

Mendengar citer jatuh bangun beliau menjadikan aku terinspirasi sangat dengannya. Perniagaan memerlukan attitude yg betul dalam diri Supaya apa yang kita berikan yang terbaik. Beliau sering menasihati buat sesuatu yang Iza mampu dan boleh tolong orang lain pulak. Fokus pada kekuatan bukan pada kekurangan.

Semoga aku dapat mengikuti jejak kejayaan beliau dalam perniagaan dan kehidupan. Hidup dengan memberi, memberi dan terus memberi. Love you Puan guru😍

Note : beliau selalu cakap you are unique and special as what you are Iza…just be yourself…😍 Moga aku terus bangkit dan berjihad di jalanNya…Amin.

Idola Perniagaan

Menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah

Salam Nuzul Al-Quran semua..

Allahuakbar dah 17 hari kita berpuasa yer…Sayu rasa hati hari-hari semakin nak menghampiri penghujung ini…Ramadan yang sangat terkesan pada hati aku tahun ini…

Rindunya aku pada penciptaku ketika dan saat ini. Allah izinkan aku menghadiahkan hadiah besar ini pada ibuku yang tersayang.Dia teringin sangat untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah menunaikan umrah dan haji katanya. Allahuakbar sayu hati seorang anak mendengarnya bila disuarakan hajat hatinya.

Allah aku memohon padaMu izinkan ibu aku bersujud di depan kaabahMu Ya Allah pada tahun 2017 ini. Ya Allah tiada daya diri ini sendiri melaksanakannya tanpa kehendak dan IzinMu.Berikan kesihatan terbaik buat dia Ya Allah.

Murahkan rezeki kami sekeluarga untuk sama-sama menjalani ibadah umrah dan haji di sana bersama mak tersayang Ya Allah.
Mudahkan perjalanan kami untuk sampai dan beribadah padaMu wahai penciptaku.

Terima kasih atas kesempatan ini menyuarakan rasa hati yang sekian lama terpendam dalam hati ini. Syukur Ya Allah membuka hati kami untuk terus menyembahMu atas petunjuk dan HidayahMu. Syukur sangat-sangat.

Note: status beremosi pulak hari ini…aku memohon Allah memberi peluang untuk aku membahagiakan makku yang tersayang. Amin..

Mekah

Selamat ker tak produk nie?

Ada orang tanya selamat ker nak amik produk Shaklee ini? Aku jawab sudah semestinya selamat dan aku sangat yakin ianya selamat sangat.

Kenapa aku yakin sangat kan? Ok ini jawapannya…

Nak citer pasal pengambilan produk Shaklee ini yer. Aku ini orang yang suka sangat mengkaji tau bila aku nak amik produk-produk kesihatan ini. Al-maklum nak telan masuk dalam perut Tue.Hihi…super cerewet tau…
Aku dapati produk ini ada kajian dari saintis tau bukan yang korok-koroknya kajian. Produk ini juga ada pelbagai ujian-ujian yang tahap expert tau yang membuat ujian terhadap kandungan bahan2 dalam setiap produknya.

Yang paling ketara, penggunaan oleh organisasi besar seperti NASA, penggunaan oleh atlit2 dunia dan golongan-golongan researcher. Sudah pasti hanya yang terbaik dan selamat sahaja mereka akan gunakan.

Selain itu, produknya dah bertahan selama 100 tahun di pasaran dunia tau. Sudah pasti ianya selamat baru produk ini boleh bertahan di pasaran. Kalo tak mesti lama dah tak dijual dah kan.

Bukti yang paling kukuh adalah living proof pengguna-penggunanya. Di Malaysia ini kita ada pengguna tegar yang dah guna produk Shaklee ini lebih 25 tahun dah. Kesihatan mereka pulak memang awesome dan walau dah berumur di usia emas pun mereka sihat dan gembira sahaja. Siap nampak muda lagi tau…😍

Ini mengukuhkan dan menyakin kan aku yang produk Shaklee adalah produk yang selamat, berkesan dan mesra alam😘

Note: Kita berusaha memberi yang terbaik buat diri dan keluarga…yang selebihnya serahkan pada Yang Esa…😘

selamat ker produk nie

Rindunya kat Abah

Tahun ini genap 10 tahun abah pergi mengadap Illahi. Allahuakbar hari ini terasa rindu sangat pada dia. Terasa seperti terngiang-ngiang suara dia di telingaku ini. Rindu pelukkan dan nak cium tangan dia.

Kesayuan ini terasa rindunya kasih sayang yang diberikan padaku.Dialah abah yang paling baik dan sporting. Didikkannya sgt terbuka dan menjadikan aku yang sekarang ini. Masih ingat kata-katanya abah dah bagi ilmu agama, kasih sayang dan segala didikan. Terpulanglah jalan mana anak2 abah nak pilih. Buat baik dapatlah baik. Buat jahat dapatlah jahat.

Allahuakbar semoga roh abah sentiasa dicucuri dan dirahmatiNya dan berada di kalangan org2 yang beriman. Terima kasih Allah kerana menghadirkan abah dlm hidupku.

Note : selamat hari Bapa abah…😍 Miss you so much…bersemadilah dgn Aman di sana bersama Yang Maha Esa. Al-fatihah buatmu abah😥

 

Pencuci Super Jimat dan Berkesan

Bila ada anak-anak kecil ini mesti kita concern bab-bab kebersihan dan penggunaan bahan kimia di rumah kan? Mestilah nak cari pencuci super jimat dan berkesan kan?

Aku pun sama tau, al-maklum Hariz ini kan kulitnya sensitive kena guna pencuci yang bebas kimia kat rumah ini. Hihi…apa lagi sudah semestinya aku memilih Basic H pencuci serbaguna dari Shaklee.

Masa nak cuci rumah baru ini dulu, anak-anak nak turut serta mencuci rumah ini. Jadinya bila guna pencuci bebas kimia ini aku rasa selamat bila diorang bantu. Sambil golek-golek kat lantai macam2 aksi tau. Seronok sangat diorang.

Memang kat rumah pun bila nak lap meja, mop rumah, lap-lap habuk, cuci conteng-conteng kat dinding, lap dapur yang berminyak-minyak, lap tingkap semuanya aku guna Basic H ini.

Super best tau effectnya, bila dah masak pastue berminyak-minyak tue kan sembur-sembur dengan penyembur yg aku isi dengan Basic H tue, sekali lap jer minyak-minyak semua hilang. Hihi…

Lagi satu aku kan jaga Mak aku kat umah nie kadang-kadang dia terkucir kat lantai pun bau hancing semua hilang. Mop jer dengan Basic H keje jadi mudah dan senang.

Kesimpulannya kerja mengelap, mencuci-cuci ini jadi mudah dilaksanakan dan dapat dibuat oleh semua ahli keluarga aku. Baik yang kecil mahupun yang besar sebab ianya 100% natural dan bebas dari bahan kimia yang membahayakan kesihatan. Ianya menjimatkan jugak tau.Mana tak nya dengan sebotol basic H aku dapat guna untuk pelbagai task dan tak yah pening-pening nak beli pencuci yang macam-macam jenis yang lain. Lagi satu sebotol basic H ini boleh tahan berbulan-bulan tau korang…seyes super jimat.Letak beberapa titik jer untuk buat satu-satu task tue.

Anyway, semoga kita semua sihat dari penyakit-penyakit yang disebabkan oleh bahan-bahan kimia yang berbahaya dari bahan pencuci yang kita gunakan seharian yer.

Note : Jom kita bijak memilih untuk keluarga yang tersayang. Pilihlah yang selamat dan bebas dari bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan. Korang tau Oprah Winfrey pun suka guna Basic H ini tau. Lagi satu CEO Shaklee Roger Barnett pun asalnya beli company Shaklee ini sebab jatuh cinta dengan pencuci Basic H sebab anak dia sakit asma yang disebabkan oleh penggunaan bahan kimia di rumah katanya.

Jom kita ubah dengan menggunakan Pencuci Bebas Kimia yang super jimat ini…πŸ™‚

pencuci super jimat dan berkesan
pencuci super jimat dan berkesan

Kisah COD barang Shaklee

Alhamdulillah syukur Allah beri peluang untuk berkhidmat dengan penuh kasih sayang sebarkan kisah cinta tentang kesihatan pada ramai orang. Terutamanya area KL dan Selangor ini.

Aku ini boleh dikatakan ratu COD produk Shaklee. Sepanjang buat bisnes ini most of the order adalah COD type transaction. Tapi ada juga yang pos ok.

Selagi aku mampu aku akan hantar produk yang diorder. Kebanyakkan yang order nak cepat dan mereka selalunya order hari ini nak hari ini juga. Macam itulah kesnya.

Paling jauh aku pernah COD setakat ini sampai Seremban tau. Redah highway all the way dengan anak-anak semua. Ada orang tanya camner aku COD barang tau dengan anak-anak kecil lagi.

Korang tau aku ini tak ada maid jadinya tiap kali COD barang aku bawak anak-anak sekali.Pernah COD barang dari pagi sampai malam tau. Bawaklah anak-anak ke hulu ke hilir. Dengan diorang ini makan minum dalam kereta jer. Kadang-kadang sampai menangis tengok anak-anak dalam keadaan gitu.

Tapi takper ini semua tugas Allah dah bagi bantu orang lain untuk sihat. Aku tahu bagaimana perasaan sakit yang perlukan bantuan orang lain. Jadinya lagi cepat customer dapat produk lagi cepat ikhtiar untuk dia sembuh cepat kan. Kita berikan yang terbaik yang lain Allah yang tentukan.

Ada satu kepuasan bila dapat COD barang pada customer ini. Muka seronok dan happy yang diorang pancarkan itu memberi aku rasa seronok dan semangat untuk teruskan tugas aku ini. Lagi best bila dapat feedback pulak dari diorang,dah makin sihat…dah makin kurus…dah makin tenaga…dah makin gembira itu semua membuatkan aku rasa sangat puas hati dan gembira sebab dapat bantu diorang.

Walau apa pun cabarannya, aku suka jumpa orang-orang baru dan membina ukhwah bersama-sama mereka. Inilah satu kelebihan COD ini kita jumpa live customer kita dan boleh consult mereka on the spot. Jadinya bonding bersama customer jadi lebih mesra dan mudah πŸ™‚ Al-maklum manusia ini need human touch baru love mudah nak develop.

Anyway walau apa jenis bisnes transaction pun, semua buatlah dengan ikhlas pasti ada kelainannya. Customer boleh rasa yang kita ini betul-betul nak membantu dia atau sekadar nak menjual. Jujurlah dalam segala bentuk bicara insyaallah Allah bantu dalam segala perkara.

Note : Haa..nak jana income 4 atau 5 angka tak mustahil tau dengan Shaklee ini. Tapi kena berusaha sehabis baik. Kalo dok goyang kaki memang masuk angin keluar asap ler jawabnya. Tengah-tengah boyot ini pun aku redah jugak COD kalo keadaan kesihatan mengizinkan.

Anyway aku ini Pengedar Shaklee mesra alam untuk korang hubungi tau…hahaha…pasti korang gembira dan tersenyum jer sebab aku ini suka gelak…sakit pun hilang bila korang tengok aku gelak.Hahaha..πŸ™‚

Nak produk shaklee dengan cepat?
Nak consultation terbaik?
Nak jumpa Pengedar Shaklee mesra alam?
Nak jadi partner Shaklee aku?
Nak masuk team gembira aku?
Nak guide bisnes dari team yang best?

Haaa…apa lagi korang whatsapp jer lah number aku ini:

013-3331610

Usah risau aku tak makan orang tau..hihihi..πŸ™‚

cod barang shaklee

Destinasi Percutian Idaman

Bestnya topik ini aku rasa dah memang orang yang suka travel bab-bab bercuti memang ler yang aku tunggu-tunggu kan..hihi..

Aku pilih Bali Indonesia sebagai destinasi percutian idaman aku. Korang tau dah 2 kali aku beli plane tiket nak pegi Bali ini tau tapi kedua-duanya kena cancel atas sebab yang tak dapat dielakkan. Sedih sungguh masa tue. Takper adalah hikmahnya tue.

Kenapa aku nak gi sangat ke Bali ini kan. Allahuakbar tempat-tempatnya cantik sangat dan suasana naturenya sangat menenangkan. Aku sangat suka nature sebabnya dapat lihat kebesaran Illahi yang super cantik dan awesome. Allahuakbar. Segala puji bagiNya.Amin.

Moga dapat bawa seisi keluarga bercuti di tempat indah dan cantik ini. Kerana bersama mereka dapat kurasai kebahagiaan menikmati kecantikan ini bersama-sama dan dapat pi golek-golek kat tepi pantai dengan anak-anak. Wah bestnya korang. Aduhai dah terbayang-bayang dah sampai kat sana.

Haaa…soal budget banyak jugak nak kena simpan nie. Dengan flight tiket dan kediaman lagi kan. Apa-apa pun insyaallah dengan izinNya aku sampai ke sini by tahun 2017 nie. Doakan yer.

Owh terlupa pulak dapat ler melawat guru kesayanganku puan Diyana TahirΒ nanti bila pi sana kan..hihi..πŸ™‚

Note : art work kat sana pun cantik-cantik. Owh i love nature and art..πŸ™‚make me blossom from inside.

bali2 bali3 download

Hariz dan Herbal Blend

Citer tentang Hariz anak keduaku ini, memang mencabar masa zaman keciknya…hihi…tapi itu yang membuatkan mama dia jadi kuat dan tabah..πŸ™‚

Ok gini citernya tentang Hariz dan Herbal Blend, Hariz masa umur 8 bulan camtue, dia dihantar ke rumah orang untuk diasuh semasa aku kerja.Masa tue kerja lagi kan. Jadi terpaksa hantar anak ke rumah asuhan.

Aku nie Alhamdulillah jenis yang memang susu mencurah-curah rezekinya Allah Taala berikan. Jadi memang dia nie fully breastfeed along the way la kan. Masa tue memang tak ada masalah kulit sangat cuma merah-merah biasa bila panas kan.

Bila dia diperkenalkan dengan makanan, dia jadi alahan teruk jugak tau. Abis merah-merah satu badan naik ruam-ruam dan gatal-gatal pulak tue. Kesian sangat-sangat tau.

Aku dan hubby pun bawak dia pergi jumpa pediatrician kat TamanTun Dr. Ismail. Doktor cakap Hariz kena ekzema. Banyak benda yang dia kena jaga. Persekitarannya, makanannya, chemicalnya dan cuaca semua boleh menyumbang pada ekzema dia nie.

Doktor suggest amik sabun tanpa kimia, krim tanpa kimia…senang citer semuanya yang natural lah. Aku mula-mula tue sapu krim yang doktor suggest. Tapi pastue kebetulan kan Shaklee ada krim Herbal Blend yang natural dan tiada paraben nie aku pun cuba.

Korang tau Alhamdulillah sejak sapu herbal blend kat kulit Hariz, ekzema teruknya yang merah menyala-yala dah makin pudar dan pudar sehingga akhirnya hilang terus.

Jadi bermula titik itu, memang aku tak sapu krim lain dah memang Herbal blend lah yang disapu pada kulit Hariz setiap hari.Aku yakin memang terbaik untuk kulit Hariz. Tapi seyes korang licin jer kulit si Hariz nie cam kulit baby sampai ler sekarang dah nak masuk 3 tahun dah anak aku nie.

Banyak yang aku dengar krim kat luar sana yang boleh bantu ekzema tapi bila kerap disapu ada satu tahap akan bagi kulit anak tue jadi lagi teruk sebab krim-krim tue ada steroid. Jadi untuk ibu-ibu di luar sana silalah berjaga-jaga dan pilih pilhan yang tepat untuk anak anda yer.

Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat untuk anda semua.

Jom gunakan krim yang 100% natural dan selamat dipakai tanpa kesan sampingan yang memudaratkan. 100% tiada paraben itulah Herbal Blend namanya.

Note : Selamat memilih yang terbaik untuk anda dan keluarga anda. πŸ™‚

hariz_star

Aku dan Vivix

Ini kisah percintaan aku dengan vivix shaklee yang super awesome nie…πŸ™‚

Kisahnya gini…Al-kisah…cam penglipurlara pulak…hahaha

Aku nie dari bujang lagi ada masalah sakit belakang tahap kronik super duper sakit sampai baring sakit, duduk sakit, berdiri pun sakit…memang tak boleh tidur tau mana nak tidur dah menahan sakit.

Jadinya aku nie pi ler jumpa pakar orthopedic masa tahun nie dan telah diagnose sebagai sakit slip disc. Tapi doktor cakap ini sikit jer baru tahap minor. Katanya kalo yang major mau sampai lumpuh. Yang paling aku ngeri bila dia cakap orang pompuan kalo kena sakit nie payah. Sebabnya kata doktor you tak boleh gain weight tau. Kena sampai mati besar ini jer badan you kata doktor.

Pastue doktor sambung lagi, nanti you dah kawin susah sket. Nak pregnant nanti mungkin ada masalah sebab berat pasti naik katanya. Jadinya dia kata kena jaga-jagalah. Sayu perit mendengar berita ini. Telan kepahitan itu dalam keterpaksaan.

Terkejut beruk wei dapat pengkhabaran gini. Mana tak nya..aku nie minah super ligat yang tak reti dok diam. Sekali sakit semua hidup rasa tergendala. Nak uruskan diri pun payah. Jalan dah cam robot. Kepala jer boleh pusing kiri kanan. Badan memang kejung dan keras tak flexible langsung memang seksa tau.

Doktor cakap tiada solution lain selain makan ubat tahan sakit atau kalo teruk sangat kena buat major operation kat tulang belakang tue dan chancesnya adalah 50-50 katanya. Maksudnya ada chances untuk jadi lumpuh terus tau.

Dipendekkan citer, doktor prescribe aku dengan ubat tahan sakit sahajalah. Dah bertahun-tahun makan ubat tahan sakit. Sehinggalah mengandung anak pertama aku menanggung tahap kesakitan yang teruk sampai nangis2 tau. Tapi masa tue memang tahap jerlah dah tak leh makan ubat tahan sakit yang doktor bagi tue sebab kuat sangat effectnya.

Masa anak pertama kuasa Allah Taala, kalo ikutkan memang tak leh nak bersalin normal tapi Allah lagi berkuasa dari segala jangkaan, aku dapat bersalin normal. Namun sakitnya berganda-gandalah.

Tapi masa itu aku masih dapat bertahan. Sehingga mengandung anak kedua dan bersalin keadaan makin jadi parah. Itu titik permulaan aku mengenali Shaklee.

Lepas dah amik set bersalin Shaklee aku dapati sakit belakang aku makin berkurangan. Kemudian aku cuba pulak Vivix shaklee ini, yang dikatakan penawar segala penyakit ini.Aku asalnya amik sebab tangan dan kaki aku nie dah start kebas-kebas dan itu petanda tak bagus. Terus teringat doktor cakap kalo dah kebas-kebas itu ada potensi nak jadi lumpuh.

Mula-mula nak amik tue mengeletar tangan nak kuarkan duit beratus-ratus untuk diri sendiri beli vivix wei. Tapi dikenangkan kalo lumpuh lagilah catastrophic kan keadaannya. Duit boleh cari kesihatan tak dapat nak beli dah kalo dah lumpuh.

Alhamdulillah dengan kuasa Allah Taala. Tak sampai sebotol aku amik vivix, masalah kebas-kebas dah makin hilang sakit belakang pun makin hilang. Syukur sangat-sangat. Korang tau aku dah bertahun tak makan ubat tahan sakit dah tau. Semuanya dengan ikhtiar mengambil suplemen Shaklee ini termasuk vivix yang awesome. I love it so much la. Risiko nak kena sakit buah pinggang pun dah tak ada sebab tak amik ubat dadah dalam tempoh yang lama kan.

Dari titik tolak itu, aku dah jatuh cinta berkali-kali dengan Vivix dan Shaklee tau. Hahaha…jadinya korang cakap ler apa pun aku tetap percaya produk Shaklee memberi effect yang sangat baik untuk kesihatan aku. Semuanya dengan izin Allah Taala juga kan.

Al-maklum aku nie bukannya asal minat ngan Shaklee pada asalnya…bermula dengan tak suka tau. Hahaha..padan muka aku…πŸ™‚

Alamak terpanjang pulak post kali ini…Moga ada sedikit manfaat pada korang yer. Love you all so much.

Note : Hargailah kesihatan tue jangan jadi cam aku nie dah sakit baru terkedek2 cari solution..πŸ˜›

Iza_star_vivix
Iza_star_vivix