Category Archives: Personal

Puan Guru Ehati dan Vivix

Alhamdulillah syukur bila Puan Guru Ehati dan vivix posing cantik ini tau. Bukan sekadar posing puan guru suka dengan vivix ini tau. Best sangat yer dapat berkongsi kasih sayang dengan guru tercinta.

Makin muda remaja dah mukanya. The best anti-aging ever yang 100% natural yer.

Kandungan Reserveratrol dan Polyphenols di dalam vivix ini lah yang dapat memanjangkan telemore di dalam DNA tubuh kita.

Bila Telemore dalam DNA panjang apa jadi kan?

Jadinya sel dalam badan kita jadi sel yang sihat yang muda remaja gitu. Sesuai dengan tagline nya feel and looks 25 years younger😍 Ahaks…

Miss Eyza seronok sangat dapat berkongsi kelebihan vivix ini dengan Puan Guru dan sahabat-sahabat yang lain juga😍😍😍

Note : Tubuh badan ini ada satu sahaja yer. Jadi siapa lagi nak jaga tubuh badan kita kalau bukan kita sendiri. Semuanya bermula dengan sel dalam tubuh jadi jagalah sel dalam tubuh sebaiknya.😍

Puan Guru Ehati dan Vivix

#richeyzadotcom
#opochotsihatdanceria
#ratuvivix
#pengedarvivix
#bestantiagingsyrup
#tqAllah
#reservatrol

 

Sambutan Hari Guru

Hari ini Alisha ada sambutan hari Guru di sekolahnnya. Dia cakap mama hari ini cikgu pesan pakai baju raya yang lawa-lawa. Bukan main melaram anak daraku ini.

Tetiba teringat masa saya kecik-kecik. Hahaha. Memang suka melaram jugak. Al-maklum mak masa tue tailor kan, jadi baju semua mak jahit sendiri. Ada baju kurung,kurung moden, kebarung,kebaya dan gaun pun mak boleh jahit. Hebatkan skill mak.Al-fatihah buat mak tercinta.

Sehingga malam raya mak bersusah payah siapkan tempahan dan selalunya baju kami yang last kali baru mak buat. Bila dok sekarang nie saya sedari pentingnya skill-skill gini kan zaman sekarang nie nak tempah sepasang baju pun dah kena paling kurang rm80 tue. Belum masuk dengan harga kain tue kan. Jadi jom ler kita menambahkan skill yang ada dalam diri kita ini.

Note : dedulu memang ada jugak minat bab fashion-fashion nie. Tapi….hahaha…pi belajar IT apa kena ler Miss Eyza nie kan😜

Sambutan Hari Guru
Sambutan Hari Guru

#richeyzadotcom
#opochotsihatdanceria
#tqAllah
#loveislife
#ajarihatiku
#pengedarvivix
#makanak3

Rupa Tok Wan

Hari ini hantar Alisha ke sekolah dia dok tanya mama macam mana rupa tok wan yer mama?

Saya pun jawab, muka tok wan cam dalam gambar kat umah opah tue. Kakak tahu kat dalam beg mama kan ada gambar tok wan.Maka dia pun keluarkan gambar abah dalam walletku. Tetiba terasa Ya Allah rindunya saya pada abah.

Teringat zaman sekolah dulu, setiap hari naik motor dengan abah pegi sekolah. Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah yer. Memang abah jaga sangat anak-anak dara abah ini. Katanya inilah harta yang abah ada. Anak perempuan kena jaga betul-betul.Masih terasa lagi pelukkan diriku ini ke susuk tubuh abah semasa membonceng di atas motor ketika itu.

Allahuakbar rindunya diri ini pada pemilik tubuh kental itu. Beliau sentiasa memberi saya inspirasi untuk sentiasa menjalani hidup dengan penuh kasih sayang dan cinta. Figura lelaki yang mengajarku erti sebuah kehidupan.

Sehingga kini ajaran dan pesanannya sentiasa terpahat di dalam jiwa dan sanubariku.Abah sentiasa memberi dan memberi walau tanpa jemu pada sesiapa pun.Itulah abah yang aku kenali.Al-fatihah buat abah yang aku sayangi.

Note : kerinduan ini memberi aku kekuatan untuk memberi yang terbaik buat anak-anakku anugerah Allah yang sangat berharga ini.Terima kasih Allah atas memori indah ini.

Rupa Tok Wan
Rupa Tok Wan

#richeyzadotcom
#opochotsihatdanceria
#tqAllah
#memoriabah
#makanak3
#loveislife
#empireamazingme
#superstarzfamily

Masa Berpantang

Tengok muka Baby Afiqah teringat Masa Berpantang.

Pantanglah time paling best sebenarnya tau. Sebab masa pantang kita boleh concentrate kat tubuh badan kita ini.Allah bagi tubuh badan ini macam-macam keajaiban dari mengandung, bersalin dan berpantang.

You all tahu kan berapa banyak urat-urat putus semasa nak teran bersalin tue. Pastue masa mengandung rahim tue kembang supaya baby boleh dok dalam tue.

Jadinya masa pantang ini kita kena hargai dan jaga balik tubuh badan kita yg dah banyak trauma-trauma kesakitan dan urat-urat yang banyak dah kembang tue. Sebab itu kena berpantang betul-betul. Jaga pemakanan kita, jaga pergerakkan kita, berurut, jaga emosi kita dan jaga juga hubungan kita dengan Allah.

Ingat Allah bagi badan ini satu jer. Kalo kita tak jaga agak-agaknya sapa nak jagakan? Teringat kata-kata opah dulu, badan ini nak pakai lama, sementara dalam pantang ini jaga betul-betul. Bila teringat balik memang iyer ler. Time tak berpantang ini tak ada sapa ler nak jaga cam kita berpantang kan?

Jadi enjoy the moment. 44 hari jer pun. Lepas tue ikut suka ler nak buat apa. hihi..

Note : suka sangat makanan dalam pantang. Cepat jer kuruskan. Yang dalam pantang tue enjoy tau. Bukan selalu nak jadi Queen gitu korang😍

#richeyzadotcom
#opochotsihatdanceria
#tqAllah
#loveislife
#berpantangtuebest
#setbersalinshaklee
#makanak3

Hati Membuahkan Action Yang Awesome

Hari ini Miss Eyza nak share tentang topik ini Hati Membuahkan Action Yang Awesome.

Alhamdulilllah syukur masih dipanjangkan umur lagi ketika dan saat ini. Korang tahu ker yang hati ini sangat kuat powernya. Iyer kerana hati macam-macam perkara yang diluar jangkaan kita boleh buat.

Miss Eyza kupaskan topik ini dalam video di bawah:

Semoga ada sedikit ilmu yang korang dapat yer. Miss Eyza suka tengok korang semua berjaya dalam apa jua bidang yang korang ceburi.

Love you all semua.

P/S : Miss Eyza Mak Anak 3

Alisha Sport Day

Hari ini baru dapat nak update pasal Alisha Sport Day korang. Sori sesangat payah jugak tak ada wifi kat umah ini. Bila jumpa wifi baru leh update semua entry yang tertangguh.

Korang tahu anak Miss Eyza yang  pertama dah umur 6 tahun. Ya Allah cepatnya masa berlalu kan. Tak sangka you all mak anak 3 dah ada anak dara yang makin membesar.

Alisha is so cute and she is so intelligent, she loves to talk exactly like her mom. Hahaha. Super cute and she have tonnes of question and statement. Sometime I wonder where she got those intelligent and challenges questions that she asked.

Eh Miss Eyza rasa best pulak speaking London you all. Sekali sekala kan. Jom enjoy video Miss Eyza buat masa Alisha Sport Day:

Note : Miss Eyza nie mak anak 3 yang sporting kata cikgu Alisha. Ahaks jangan marah yer korang đŸ™‚

Rindunya kat Abah

Tahun ini genap 10 tahun abah pergi mengadap Illahi. Allahuakbar hari ini terasa rindu sangat pada dia. Terasa seperti terngiang-ngiang suara dia di telingaku ini. Rindu pelukkan dan nak cium tangan dia.

Kesayuan ini terasa rindunya kasih sayang yang diberikan padaku.Dialah abah yang paling baik dan sporting. Didikkannya sgt terbuka dan menjadikan aku yang sekarang ini. Masih ingat kata-katanya abah dah bagi ilmu agama, kasih sayang dan segala didikan. Terpulanglah jalan mana anak2 abah nak pilih. Buat baik dapatlah baik. Buat jahat dapatlah jahat.

Allahuakbar semoga roh abah sentiasa dicucuri dan dirahmatiNya dan berada di kalangan org2 yang beriman. Terima kasih Allah kerana menghadirkan abah dlm hidupku.

Note : selamat hari Bapa abah…😍 Miss you so much…bersemadilah dgn Aman di sana bersama Yang Maha Esa. Al-fatihah buatmu abah😥