All posts by admin

SOHO Idaman

SOHO Idaman topik nak share hari ini. Apa benda tue SOHO kan? SOHO tue Small Office Home Office. Best kan ada ruangan khas untuk buat kerja-kerja perniaagan. Semuanya dapat tersusun rapi.

Segala bil, resit, dan database customer dapat di letakkan di satu ruangan khas dan disusun rapi. Alah sebiji macam office yang kita kerja dulu tue. Tapi ini untuk perniagaan sendiri.

Bila prospek atau customer nak buat consultation di SOHO ini pun boleh. Sebab tempatnya selesa dan cantik kan. Jadi semua orang rasa selesa berada di situ sekali kan. Nak simpan dan display produk pun mudah jugak.

SOHO ini yang paling best ianya very homely. Designnya memberi kita ambience seperti di rumah tapi ianya adalah office untuk kita buat kerja jugak. We feel like home but we work with love and happiness.

Oklah ini gambar SOHO idaman. Simple and elegant gitu. Insyaallah satu hari dapat SOHO begini.Amin😊

SOHO Idaman

 

Piya Ubat Cinta


Assalammualaikum semua, Piya ubat cinta. Apa benda tue kan? Korang nak tahu inilah love potion yang Puan Guru Diyana buat dengan penuh kasih sayang.

2 minggu lepas aku dah kena penangan si Piya ini. Seyes super awesome. Masa tue aku hadiri class puan untuk Ehati Sisterhood Circle, puan bagi rasa untuk setiap peserta dalam class tue.

Rasanya sedap sangat aku rasa. Ada kelat-kelat ala-ala rasa dark chocolate. Ada rasa pedas-pedas sikit. Memang unik rasanya. Korang kena cuba baru tau keunikkan rasanya.Itu baru bab rasa belum bab kesannya pada diri.

Apa yang aku rasa lepas amik love potion Piya ini, aku rasa cam semuanya boleh buat. Rasa semua benda simple jer nie. Rasa fresh, rasa penuh kasih sayang. Aku rasa semua keliling aku adalah keberlimpahan yang meruah-ruah dari Illahi. Memang sangat penuh dengan energi cinta. Kesannya dua tiga hari terasa tau. Bertenaga dan buat semua benda dengan rasa cinta dan kasih sayang.

Love potion ini membantu tubuh merembeskan hormon oxytocin tau. Apa itu hormon oxytocin kan? Haaa…itulah hormon cinta & gembira. Hahaha…memang best seronok jer rasa gembira dan gelak-gelak.

The best partnya, masa aku minum love potion tue, orang-orang sekeliling aku pun dapat rasa kesannya. Semua happy jer, hubby aku siap boleh main keta mainan anak-anak aritue. Anak-anak pulak seronok tersenyum girang bila mama dan papa diorang gembira kan.

Hari ini dengan secara rasminya hubby pulak cuba Piya. Hihi, excited dia nak cuba minum pagi tadi. Hahaha…minum sampai berkerut-kerut muka tahan kelat dan pedas agaknya. Hahaha…anyway haaa, korang tau amik love potion ini dapat bantu hubungan suami isteri jugak. Rasa cam baru mula-mula kahwin dulu. Very warm and lots of love.

Oklah nanti kena tanya feedback dari hubby apa rasanya dia hari ini.Moga dia bertenaga pi outstation ini. Bagi taklimat dengan penuh kegembiraan.😍

Piya ubat cinta

Penawar Cyst

Hari ini Iza nak share tentang Penawar Cyst. Alhamdulilah ini testimoni dari customer Iza yang cerita Cyst dia dah hilang.

Alhamdulillah syukur sangat-sangat mendengar pengkhabaran gembira dari seorang customer ini.Baru jer beliau call tadi ini bagi berita gembira ini.Syukur dan seronok mendengarnya.

Beliau baru jer pulang dari berjumpa pakar sakit puan. Dengan Nada cukup gembira beliau cakap gini : ” Alhamdulillah akak baru jer balik dari jumpa pakar sakit puan ini. Ada berita gembira cyst dah hilang.Dah tak ada dah cyst akak yang dulu Tue.Syukur sangat-sangat. Terima kasih kenalkan vivix kat akak”. Allahuakbar kuasa Allah segalanya boleh terjadi.

Asbab pengambilan vivix secara konsisten selama 6 bulan derita cyst yang bertahun dihidapi beliau dah tak ada. Terima kasih Allah atas kesembuhan ini.
Doakan akak ini dapat baby pulak yer.Alhamdulillah next dia nak fokus dapat baby pulak. Jom kita doa bersama-sama yer. Amin.

Note : akak ini pengguna bijak…dia grab offer Vivix yang buy 6 free 1 dulu Tue…memang berbaloi kan…dah tak sakit perut masa period…dah tak ada risiko cyst membesar dan kena operate. Syukur.Rezeki Tue kan😃

Penawar cyst
#richeyzadotcom
#opochotsihatdanceria
#liveamazing
#shakleeeffect
#pengedarshakleekl
#pengedarshakleeampang
#pengedarshakleebangsar
#tqAllah
#penawarcyst

Kisah Viral Jadi Teladan

Alhamdulillah masih hidup lagi hari ini. Hari nak citer tentang kisah viral jadi teladan.

Sekarang dok viral tentang kisah Faiz Subri pemain bola sepak yang dapat anugerah Puskas tue. Allahuakbar sekalung tahniah buat beliau. Bukan mudah nak capai tahap international level begini tau. Memang kita patut bangga dengan pencapaian beliau.

Tapi lain pulak dengan mentaliti sesetengah rakyat Malaysia yang menviralkan tentang Faiz Subri tak reti cakap English la. Berucap dalam bahasa English tapi ke laut la. Kenapa kita nak tengok satu sudut yang sangat sempit dan kecil begitu. Melihat kekurangan beliau yang sikit berbanding dengan pencapaian beliau yang berjaya tue.

Lebih baik jadikan kejayaan beliau sumber inspirasi. Jika beliau boleh berjaya, kita pun boleh berjaya. Mulakan dengan percaya dengan diri sendiri. Bercakap dengan diri aku pun boleh mencapai kejayaan seperti beliau dalam bidang yang aku ceburi ini. Aku pun boleh menjadi sehebat dan setanding beliau. Itulah motivasi diri yang terbaik. Buat self talk.

Iyer memang nampak macam ada yang kata. Eh kerja gila ker cakap sorang-sorang kan. Tapi kalo kita tak puji diri sendiri tak cakap benda baik-baik tentang diri kita siapa lagi kan. Iyerlah nak tunggu orang lain cakap berjanggut la kan. Hargai dan terima diri kita baru kita nampak kebaikan dan kelebihan diri kita tue. Allah bagi setiap orang ada kelebihan dan keunikkan masing-masing tau.

Jadi mulakan self talk tue hari ini jugak. Supaya anda belai diri anda yang rindukan diri sejati anda tue.

Learning Process Theory

Hari ini tajuk learning process theory jadi tajuk pilihanku. Apa benda agaknya nak citer kan? Hihi…nak citer tentang learning process untuk partner shaklee aka anak-anak Shakleeku.

Semua kita tahu learning process theory semuanya mesti bermula dari langkah pertama kan. Iza ucapkan tahniah pada anak-anakku yang dah berjaya membuat keputusan untuk bermula.

Next kita start with small baby step at one time. Apa benda pulak ini kan? Sama macam baby yang baru lahir tue, ada step by step development yang diorang kena lalui kan. Same goes to bisnes jugak. Jadinya pelan-pelan kita belajar dan mengenali satu persatu komponen dalam bisnes Shaklee yang perlu mereka terokai.

Macam Iza sendiri galakkan partners Iza untuk mengenali dan merasai #Shakleeeffect dari penggunaan produk dan memahami latar belakang company. Kena buat bacaan dalam kit bag ada semua maklumat. Ingat masa Iza bermula dulu abis semua buku, pamplet dan apa sahaja dalam kit bag itu Iza baca.Hihi…itu ler kalo orang yang details ini semua benda nak drill dalam-dalam.

Lepas itu kenali produk dan kegunaan asas setiap produk,kenali simptom-simptom masalah yang produk mana sesuai untuk diambil dan digunakan.

Selepas itu kita ajar channel dan funnel yang sesuai dengan kebolehan masing-masing untuk menyerlah.Hihi…market yourself to public. Barulah orang tahu yang kita ini pengedar Shaklee kan.Semuanya ada step by step to follow.

Along the way, semua partners Iza ini dah boleh terjun into field dan make sales. Takkan nak tunggu semua dah complete baru nak mulakan kan.Jadinya kita belajar dan implement at the same time.

Iza bantu selagi boleh dan yang termampu. Sediakan stok produk untuk partners. Diorang boleh datang rumah amik stok bila-bila masa. Iza juga hantar stok kat diorang. Coach diorang online, offline pun ada. Bila ada yang perlukan bantuan tentang bisnes boleh datang pada Iza and I will help selagi boleh.

Anyway hahaha…semuanya back to yourself untuk learning process ini, it will never stop banyak benda yang kita perlu pelajari. Oklah panjang berjela dan membebel ini.Hahaha

Pengedar Shaklee Bangsar, Pantai Dalam & Petaling Jaya

Hari ini Iza nak inform tentang Pengedar Shaklee Bangsar, Pantai Dalam & Petaling Jaya.Alhamdulillah 3 tahun Iza ratu di kawasan elit ini.

Syukur setelah pindah di Ampang ini, partner Iza ini pulak take over kawasan ini. Alhamdulillah syukur demand untuk produk Shaklee ini memang sangat tinggi tau. Sales hari-hari masuk orang cari produk. Sediakan jer produknya untuk customer tau. Ada yang amik kat rumah terus.Itu yang best sangat bisnes Shaklee ini.

Hari itu Iza ada tulis entry partner baru Iza kan. Encik Rais sekarang dah bersedia untuk tawan kawasan ini pula. Kami di #superstarShaklee amat mementingkan keselesaan pelanggan. Kami menyediakan perkhidmatan delivery terus ke rumah anda juga.

Perkhidmatan consultation yang first class at your most comfort place. Best ke best korang kan? Produk dapat cepat, consultation dari pakar-pakar nutrisi yang bertauliah, servis delivery yang efficient dan cara makan yang berkesan untuk masalah yang anda hadapi.

Untuk yang berminat dapatkan produk Shaklee di area Bangsar, Pantai Dalam & Petaling Jaya boleh hubungi Encik Rais yer. Dia bakal berikan perkhidmatan terbaik untuk anda semua.😉

Note : Encik Rais sangat peramah orangnya.😋

Pengedar Shaklee Bangsar, Pantai Dalam & Petaling Jaya

 

7 Jars System


Hari ini nak citer tentang 7 jars system adalah adaptasi dari konsep 6 JARS yg diajarkan oleh T Harv Eker. Ianya merupakan satu bentuk tabungan dan money management yang bersistem seperti berikut:

Jar 1 (tabung keperluan) – 50%

Tabung ini untuk beli dan bayar benda-benda keperluan harian dan bayar bil.

Jar 2 (tabung pendidikan) – 5%

Tabung ini khas untuk pendidikan dan pembelajaran. Bayar class tuition ker, beli buku ker semua dalam tabung ini.

Jar 3 (tabung simpanan jangka panjang)-10%

Tabung untuk sesuatu yang perlukan capital yang besar contohnya beli rumah, beli tanah

Jar 4 (tabung bebas kewangan) -5%

Tabungan untuk hari tua ataupun retirement saving la nie.

Jar 5 (tabung leisure(buat apa yang kita suka))-10%

Tabung ini khas untuk digunakan untuk buat benda yang kita suka. Contohnya travel, makan-makan.

Jar 6 (tabung kebajikan)-10%

Tabung untuk diberikan untuk tujuan kebajikan.

Jar 7 (tabung ibu bapa)-10%

Wang bulanan untuk diberikan pada mak ayah.

Setiap bulan, duit bonus/gaji kita bahagikan ikut percentage begini :

Tabung Keperluan 50%
Tabung Pendidikan 5%
Tabung Simpanan Jangka Panjang 10%
Tabung bebas kewangan 5%
Tabung Leisure 10%
Tabung Kebajikan 10%
Tabung ibu bapa 10%

Mencabar jugak tau nak disiplin kan diri untuk ikut sistem simpanan begini. Hahaha, secara jujurnya aku pernah cuba buat yang 6 jars tue, tapi hanya bertahan sekejap jer.Lepas tue ke laut. Lastly tinggal 3 jenis tabung jer sampai sekarang ini.

Anyway ini adalah perkongsian untuk dapatkan sistem tabungan yang bersistem untuk kita semua. Jomlah kita cuba buat untuk tahun ini pulak.Hihihi.

7 jars system

Cara Coaching Saya

Hari ini iza nak share cara coaching saya. Memandangkan bisnes yang Iza ceburi ini is about leveraging and growing the bisnes, so coaching is a very important thing to the bisnes.

Alamak,cam tak reti sangat nak letak ayat ini dalam bahasa Melayu. Hihi. Oklah coaching partners dalam organisasi ini dapat membantu sama-sama kita berjaya dalm bisnes Shaklee ini.

Alhamdulilah setakat ini Iza ada buat coaching secara one to one mahupun secara online. Iza flexible mengikut kesesuaian partners yang mahukan approach yang mana. Semuanya berlainan antara satu individu dan individu yang lain. Anyway medium coaching yang berterusan ada yang guna whatsapp dan telegram.

Apa-apa pun its back to you. Buat kata upline Iza. Its your business,we can lead you but you need to do it by your ownself.Jadinya kita boleh tunjukkan jalan,tapi yang menjalankan bisnes itu adalah diri anda sendiri.

Oklah hidup ini adalah pilihan kita sendiri.Jadi pilihlah apa yang anda mahukan.Kita boleh coach anda tapi pihan di tangan anda nak buat atau tidak😅

Note : buatlah apa yang anda suka. Pastinya hati yang gembira membuahkan hasil yanh memberangsangkan.

Cara coaching saya

Penghibur Hati

Assalammualaikum semua…

Wajah cerianya sangat membahagiakan
Senyum tawa pengubat hati ini
Setiap kali bersamanya aku rasa bahagia
Walau kadang terasa beratnya

Berbagai ragam mahupun celotehnya
Ketawa menangis dan meragam suatu yang biasa
Menyakat pun kuat juga
Sehingga ada kala pusing kepala

Manakan tidak begitu kreatif banyak idea
Ambil yang itu punggah yang ini
Melompat di sini mahupun disana
Terus ceria menjadi dirinya

Suatu ketika aku terselang memori lama
Aku jua begini satu ketika
Sentiasa menjadi diriku sendiri
Ceria tanpa menghirau dunia

Merekalah pelengkap bicara
Dalam senteng bajunya mereka tetap bersama
Iramanya mungkin kadang sumbang
Namun mereka terus setia bersama kita

Note : mereka itu anak-anak kita. Akalnya panjang penghibur hati dari Sang Pengurnia Yang Maha Esa. Cintai dan sayangi mereka sementara nafas ini masih bersisa😍

#richeyzadotcom
#opochotsihatdanceria
#nukilanpagibuatsemua
#tqAllah
#ajarihatiku