7 Jars System


Hari ini nak citer tentang 7 jars system adalah adaptasi dari konsep 6 JARS yg diajarkan oleh T Harv Eker. Ianya merupakan satu bentuk tabungan dan money management yang bersistem seperti berikut:

Jar 1 (tabung keperluan) – 50%

Tabung ini untuk beli dan bayar benda-benda keperluan harian dan bayar bil.

Jar 2 (tabung pendidikan) – 5%

Tabung ini khas untuk pendidikan dan pembelajaran. Bayar class tuition ker, beli buku ker semua dalam tabung ini.

Jar 3 (tabung simpanan jangka panjang)-10%

Tabung untuk sesuatu yang perlukan capital yang besar contohnya beli rumah, beli tanah

Jar 4 (tabung bebas kewangan) -5%

Tabungan untuk hari tua ataupun retirement saving la nie.

Jar 5 (tabung leisure(buat apa yang kita suka))-10%

Tabung ini khas untuk digunakan untuk buat benda yang kita suka. Contohnya travel, makan-makan.

Jar 6 (tabung kebajikan)-10%

Tabung untuk diberikan untuk tujuan kebajikan.

Jar 7 (tabung ibu bapa)-10%

Wang bulanan untuk diberikan pada mak ayah.

Setiap bulan, duit bonus/gaji kita bahagikan ikut percentage begini :

Tabung Keperluan 50%
Tabung Pendidikan 5%
Tabung Simpanan Jangka Panjang 10%
Tabung bebas kewangan 5%
Tabung Leisure 10%
Tabung Kebajikan 10%
Tabung ibu bapa 10%

Mencabar jugak tau nak disiplin kan diri untuk ikut sistem simpanan begini. Hahaha, secara jujurnya aku pernah cuba buat yang 6 jars tue, tapi hanya bertahan sekejap jer.Lepas tue ke laut. Lastly tinggal 3 jenis tabung jer sampai sekarang ini.

Anyway ini adalah perkongsian untuk dapatkan sistem tabungan yang bersistem untuk kita semua. Jomlah kita cuba buat untuk tahun ini pulak.Hihihi.

7 jars system

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *