Kisah beg orang perempuan

Ini memang kisah yang never ending story. Iyerlah kan orang perempuan nie sangat sinonim dengan begnya. Termasuklah diriku ini. Beg tangan berat cam bawak batu. Kadang-kadang aku sendiri tak tahu apa benda ler yang ada kat dalam beg aku ini.Hihihi…

Seperti biasa dalam beg orang perempuan ini cam beg doreamon tau macam-macam ada. Hahaha…sebab tue kalo dulu masa bujang beg tangan kecik jer. Bila dah beranak pinak ini beg tangan dah makin besar. Pampers segala macam benda ada dalam tue.

Dalam beg aku rupanya penuh resit-resit wei.Apa ler nak wat ngan resit-resit yang collect ini.Dalam celah-celah compartment tue rupanya ada terselit jugak magic prop korang.Hihihi..comey jer rupanya aku ini memang cita-cita nak jadi doreamon kot.Hahaha..

Ok ada laks terselit Cinch Tea dan nutriferon rupanya. Tapi memang selalu ada pun benda alah ini kecik jer senang nak bawak. Pastue ini kan suplemen magic yang sangat berguna dan berkesan untuk kesihatan.

Yang cinch tea tue korang, itu energy booster tahap wajib amik untuk kekal tenaga. Iyer korang, kalo agak-agak nak sempot buat kerja tue aku confirm bancuh jer cinch tea yang dalam beg tue pastue minum. Alhamdulillah bertenaga balik segala kesempotanku. Hihi..magic prop tue. Kalo mengantuk time memandu pun gitu. Minum cinch tea mata terus terbeliak tak jadi nak tido. Haaa…yang nak balik kampung raya tue elok ler ada stok cinch tea dalam beg korang.

Lagi satu magic prop dalam beg aku adalah nutriferon. Haaa…kenapa nutriferon ini ada magic?Korang tau kalo agak-agak badan tak sedap nak demam ker korang terus amik nutriferon insyaallah terus tak jadi demam. Ianya bantu tingkatkan imun badan tue.Jadi susah ler nak kena sakit. Bukan ler tak kena langsung kan tapi susah nak kena. Al-maklum cam aku yang tengah preggy ini nutriferon ini memang banyak membantu tau. Orang preggy kan imun bodynya rendah sket. πŸ™‚

Ok aku bagi teaser jer gambo beg aku. Kang korek semua kuar mau macam-macam lagi korang jumpa. Hihihi…

Note : Dalam beg tangan korang ada apa yer? cer korang share magic prop yang membantu korang yang ada dalam tue..πŸ™‚ semoga perkongsian ini bermanfaat pada anda semua.

Kisah beg orang perempuan

My First Aid at Home

Pepagi nie jom citer pasal emergency dan contingency plan. Hihi…Al-maklum hidup ini kadang-kadang datang emergency moment kat rumah kita dah kita panik sebab tak tau nak wat apa.

Hari ini aku nak share First Aid yang wajib ada kat semua rumah patutnya. Mudah sangat produk yang perlu ada.

Kat rumah aku wajib ada 3 produk ini:

1) Herbal Blend
Pasti ada tanya wat apa pulak nak kena ada herbal blend kat rumah inikan?. Ini jawapannya. Korang tahu kita ini kan orang perempuan ini memang asyik masuk dapur memasak dan mengoreng macam-macam makanan kan. Kadang-kadang nak jadikan citer terperciklah minyak panas kat kulit mulus kita nie, nak elakkan dari melecur dan kulit melepuh, korang sapu jer herbal blend insyaallah kulit tak melecur. Ini dah banyak kali aku buat tau. Bukan sekadar omong kosong tau.

Lagi satu kalo kena air panas. Ini aku nak citer aritue nak jadikan citer aku ini tengah minum kopi panas datang si Alisha tertepis kopi panas tue abis kena dada aku wei…panas bukan kepalang. Sib baik ada herbal blend pas cuci dada ngan air terus sapu herbal blend. Alhamdulillah kulit tak melecur langsung. Syukur sangat-sangat. Sebab itu aku cakap benda ini kena ada kat umah. Senang mudah dan selamat nak sapu kat semua ahli keluarga. Selain itu kalo gatal2 kat badan leh sapu jer insyaallah membantu.

2) Basic H
Haaa…ini lagi satu produk wajb ada kat umah. Iyer korang tau kalo kulit anak-anak korang cam gatal-gatal pi main kat luar rumah tue. Korang leh mandikan anak korang dengan air mandian basic H ini. Insyaallah hilang semua gatal2.Usah risau memang selamat dah kata 100% natural. Korang tak caya pi google camner mat salleh wat mandian basic H bagi mandi anak2 diorang yang kecik-kecik bebas dari kuman-kuman kat luar sana. Ini aku pun buat, terutama sekali lepas balik dari hospital atau tempat mainan kanak-kanak. Banyak kuman korang kat sana tue, mandikan dengan mandian basi H terus hapus semua kuman-kuman itu. Senyum mama dia rasa lega. Al-maklum bebudak ini suka masuk tangan diorg dalam mulut kan. Senang nak sebarkan kuman jadi kita prevent dulu diorang dengan hapuskan kuman-kuman tue.

3) Sustained Vitamin C
Ini pulak vitamin wajib kena ada kat umah aku. Sudah semestinya inilah pembuang toksik utama dari dalam tubuh kita ini. Iyer kalo aku nak kena selesema memang aku telan vitamin ini terus tak jadi hingus-hingus nak meleleh. Kalo batuk pun sama amik 3 biji memang batuk pun boleh hilang.

Yang paling best aritue kena cirit-birit, aku sendiri tak tau boleh amik vitamin C ini jer berhentikan cirit-birit tue. Mujur master aku yang sangat baik itu bagi tau master Salwa Al’Izzah ajar aku tentang kelebihan vitamin super best ini. Amik vitamin C ini ikut dose yang sepatutnya boleh berhenti cirit-birit korang. Best sangat.

Jadi kesimpulannya, pastikan korang ada 3 produk super best ini sebagai first aid kat rumah tue. Sebabnya kita tak tahu bila emergency kita dah ada contingency plan yang memang selamat diambil oleh seisi keluarga.

Note : Anyway pastikan rumah kita selamat untuk semua yer…Seperti gambo aku tue, bila nak kuar kalo panas kita pakai spek mata hitam sebagai protection. Jadinya sebagai protection pada keluarga pastikan ada first aid ini kat rumah yer.Kita berusaha yang menentukan Dia juga. Love you all..πŸ™‚

My First Aid at Home

Mighty 3 Gems Wajib ada di rumah tau

Alhamdulillah lagi 10 hari sahaja Ramadan tinggal berbaki. Memang dah hujung-hujung ini, banyak dugaan dan cabaran yang dapat dirasai. Bangun sahur pun nak mengunyah makanan pun rasa cam sukar dah kan.

Inilah masa untuk kita perbanyakkan amalan untuk diri kita ini. Semakin banyak bersujud dan beribadah pada pencipta kita kan. Tapi masa inilah rasanya cam nak sempot ler pulak.

Aku suggest korang amik mighty 3 gems ini. Seyes aku amik set ini masa menyusukan Hariz dulu Alhamdulillah susu meriah dan mencurah-curah walaupun masa tue bulan puasa tau. Badan pun kekal bertenaga dan badan pun rasa segar jer tau.

Alhamdulillah semuanya dengan izinNya kan. Kita berusaha yang lain Allah yang tentukan. Terima kasih Allah berikan yang terbaik untuk diri ini dan keluarga.

Haaa…lagi satu mak aku ini kan dah berumur, time-time puasa memang mencabar jugak untuk dia. Alhamdulillah bagi set ini dia dapat puasa dengan jayanya. Dapatlah dia bergerak menguruskan diri dia sendiri dengan penuh tenaga walaupun di bulan Ramadan ini.

Jadi jom dapatkan set Mighty 3 Gems ini untuk diri dan orang-orang yang tersayang. Moga mereka dimudahkan berpuasa dan beribadah di bulan-bulan mulia ini.

Note : suka sangat set ini…time preggy amik set ini best sangat. Kalo tak mau sempot jugak mak boyot ini. Paling penting kandungan air dalam badan kena maintain jer tau. Alhamdulillah mujur ada performance drink dalam set ini yang membantu.

Set Mighty 3 Gems

Idola Perniagaan

Ada yang Tanya aku siapa idola Perniagaan aku? Hihi…banyak sebab aku nie baru sangat belajar meniaga nya. Jadi memang banyak lagi nak kena belajar selok belok berniaga nie.

Tapi salah sorang nya guru aku ini Puan Diyana Tahir. Aku kagum sangat dengan beliau ini. Mula-mula start kenal dan tahu tentang beliau masa Tue IMKK 2014. Beliau jadi hot seat program Tue. Allahuakbar terkesima dengar beliau dapat menjana beratus ribu dalam beberapa minit jer. Hebat nya beliau kan.

Akhirnya Allah takdirkan aku ikut serta program Ehati pada tahun 2015. Terus dapat kenal beliau secara live tau. Ya Allah she is amazing with her words, personality and very humble person. Terkejut jugak wah orang yang super berjaya ini sangat peramah rupanya. Suka sangat kat beliau.

Mendengar citer jatuh bangun beliau menjadikan aku terinspirasi sangat dengannya. Perniagaan memerlukan attitude yg betul dalam diri Supaya apa yang kita berikan yang terbaik. Beliau sering menasihati buat sesuatu yang Iza mampu dan boleh tolong orang lain pulak. Fokus pada kekuatan bukan pada kekurangan.

Semoga aku dapat mengikuti jejak kejayaan beliau dalam perniagaan dan kehidupan. Hidup dengan memberi, memberi dan terus memberi. Love you Puan guru😍

Note : beliau selalu cakap you are unique and special as what you are Iza…just be yourself…😍 Moga aku terus bangkit dan berjihad di jalanNya…Amin.

Idola Perniagaan

Menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah

Salam Nuzul Al-Quran semua..

Allahuakbar dah 17 hari kita berpuasa yer…Sayu rasa hati hari-hari semakin nak menghampiri penghujung ini…Ramadan yang sangat terkesan pada hati aku tahun ini…

Rindunya aku pada penciptaku ketika dan saat ini. Allah izinkan aku menghadiahkan hadiah besar ini pada ibuku yang tersayang.Dia teringin sangat untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah menunaikan umrah dan haji katanya. Allahuakbar sayu hati seorang anak mendengarnya bila disuarakan hajat hatinya.

Allah aku memohon padaMu izinkan ibu aku bersujud di depan kaabahMu Ya Allah pada tahun 2017 ini. Ya Allah tiada daya diri ini sendiri melaksanakannya tanpa kehendak dan IzinMu.Berikan kesihatan terbaik buat dia Ya Allah.

Murahkan rezeki kami sekeluarga untuk sama-sama menjalani ibadah umrah dan haji di sana bersama mak tersayang Ya Allah.
Mudahkan perjalanan kami untuk sampai dan beribadah padaMu wahai penciptaku.

Terima kasih atas kesempatan ini menyuarakan rasa hati yang sekian lama terpendam dalam hati ini. Syukur Ya Allah membuka hati kami untuk terus menyembahMu atas petunjuk dan HidayahMu. Syukur sangat-sangat.

Note: status beremosi pulak hari ini…aku memohon Allah memberi peluang untuk aku membahagiakan makku yang tersayang. Amin..

Mekah

Selamat ker tak produk nie?

Ada orang tanya selamat ker nak amik produk Shaklee ini? Aku jawab sudah semestinya selamat dan aku sangat yakin ianya selamat sangat.

Kenapa aku yakin sangat kan? Ok ini jawapannya…

Nak citer pasal pengambilan produk Shaklee ini yer. Aku ini orang yang suka sangat mengkaji tau bila aku nak amik produk-produk kesihatan ini. Al-maklum nak telan masuk dalam perut Tue.Hihi…super cerewet tau…
Aku dapati produk ini ada kajian dari saintis tau bukan yang korok-koroknya kajian. Produk ini juga ada pelbagai ujian-ujian yang tahap expert tau yang membuat ujian terhadap kandungan bahan2 dalam setiap produknya.

Yang paling ketara, penggunaan oleh organisasi besar seperti NASA, penggunaan oleh atlit2 dunia dan golongan-golongan researcher. Sudah pasti hanya yang terbaik dan selamat sahaja mereka akan gunakan.

Selain itu, produknya dah bertahan selama 100 tahun di pasaran dunia tau. Sudah pasti ianya selamat baru produk ini boleh bertahan di pasaran. Kalo tak mesti lama dah tak dijual dah kan.

Bukti yang paling kukuh adalah living proof pengguna-penggunanya. Di Malaysia ini kita ada pengguna tegar yang dah guna produk Shaklee ini lebih 25 tahun dah. Kesihatan mereka pulak memang awesome dan walau dah berumur di usia emas pun mereka sihat dan gembira sahaja. Siap nampak muda lagi tau…😍

Ini mengukuhkan dan menyakin kan aku yang produk Shaklee adalah produk yang selamat, berkesan dan mesra alam😘

Note: Kita berusaha memberi yang terbaik buat diri dan keluarga…yang selebihnya serahkan pada Yang Esa…😘

selamat ker produk nie

Rindunya kat Abah

Tahun ini genap 10 tahun abah pergi mengadap Illahi. Allahuakbar hari ini terasa rindu sangat pada dia. Terasa seperti terngiang-ngiang suara dia di telingaku ini. Rindu pelukkan dan nak cium tangan dia.

Kesayuan ini terasa rindunya kasih sayang yang diberikan padaku.Dialah abah yang paling baik dan sporting. Didikkannya sgt terbuka dan menjadikan aku yang sekarang ini. Masih ingat kata-katanya abah dah bagi ilmu agama, kasih sayang dan segala didikan. Terpulanglah jalan mana anak2 abah nak pilih. Buat baik dapatlah baik. Buat jahat dapatlah jahat.

Allahuakbar semoga roh abah sentiasa dicucuri dan dirahmatiNya dan berada di kalangan org2 yang beriman. Terima kasih Allah kerana menghadirkan abah dlm hidupku.

Note : selamat hari Bapa abah…😍 Miss you so much…bersemadilah dgn Aman di sana bersama Yang Maha Esa. Al-fatihah buatmu abah😥

 

Pencuci Super Jimat dan Berkesan

Bila ada anak-anak kecil ini mesti kita concern bab-bab kebersihan dan penggunaan bahan kimia di rumah kan? Mestilah nak cari pencuci super jimat dan berkesan kan?

Aku pun sama tau, al-maklum Hariz ini kan kulitnya sensitive kena guna pencuci yang bebas kimia kat rumah ini. Hihi…apa lagi sudah semestinya aku memilih Basic H pencuci serbaguna dari Shaklee.

Masa nak cuci rumah baru ini dulu, anak-anak nak turut serta mencuci rumah ini. Jadinya bila guna pencuci bebas kimia ini aku rasa selamat bila diorang bantu. Sambil golek-golek kat lantai macam2 aksi tau. Seronok sangat diorang.

Memang kat rumah pun bila nak lap meja, mop rumah, lap-lap habuk, cuci conteng-conteng kat dinding, lap dapur yang berminyak-minyak, lap tingkap semuanya aku guna Basic H ini.

Super best tau effectnya, bila dah masak pastue berminyak-minyak tue kan sembur-sembur dengan penyembur yg aku isi dengan Basic H tue, sekali lap jer minyak-minyak semua hilang. Hihi…

Lagi satu aku kan jaga Mak aku kat umah nie kadang-kadang dia terkucir kat lantai pun bau hancing semua hilang. Mop jer dengan Basic H keje jadi mudah dan senang.

Kesimpulannya kerja mengelap, mencuci-cuci ini jadi mudah dilaksanakan dan dapat dibuat oleh semua ahli keluarga aku. Baik yang kecil mahupun yang besar sebab ianya 100% natural dan bebas dari bahan kimia yang membahayakan kesihatan. Ianya menjimatkan jugak tau.Mana tak nya dengan sebotol basic H aku dapat guna untuk pelbagai task dan tak yah pening-pening nak beli pencuci yang macam-macam jenis yang lain. Lagi satu sebotol basic H ini boleh tahan berbulan-bulan tau korang…seyes super jimat.Letak beberapa titik jer untuk buat satu-satu task tue.

Anyway, semoga kita semua sihat dari penyakit-penyakit yang disebabkan oleh bahan-bahan kimia yang berbahaya dari bahan pencuci yang kita gunakan seharian yer.

Note : Jom kita bijak memilih untuk keluarga yang tersayang. Pilihlah yang selamat dan bebas dari bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan. Korang tau Oprah Winfrey pun suka guna Basic H ini tau. Lagi satu CEO Shaklee Roger Barnett pun asalnya beli company Shaklee ini sebab jatuh cinta dengan pencuci Basic H sebab anak dia sakit asma yang disebabkan oleh penggunaan bahan kimia di rumah katanya.

Jom kita ubah dengan menggunakan Pencuci Bebas Kimia yang super jimat ini…πŸ™‚

pencuci super jimat dan berkesan
pencuci super jimat dan berkesan

Kisah COD barang Shaklee

Alhamdulillah syukur Allah beri peluang untuk berkhidmat dengan penuh kasih sayang sebarkan kisah cinta tentang kesihatan pada ramai orang. Terutamanya area KL dan Selangor ini.

Aku ini boleh dikatakan ratu COD produk Shaklee. Sepanjang buat bisnes ini most of the order adalah COD type transaction. Tapi ada juga yang pos ok.

Selagi aku mampu aku akan hantar produk yang diorder. Kebanyakkan yang order nak cepat dan mereka selalunya order hari ini nak hari ini juga. Macam itulah kesnya.

Paling jauh aku pernah COD setakat ini sampai Seremban tau. Redah highway all the way dengan anak-anak semua. Ada orang tanya camner aku COD barang tau dengan anak-anak kecil lagi.

Korang tau aku ini tak ada maid jadinya tiap kali COD barang aku bawak anak-anak sekali.Pernah COD barang dari pagi sampai malam tau. Bawaklah anak-anak ke hulu ke hilir. Dengan diorang ini makan minum dalam kereta jer. Kadang-kadang sampai menangis tengok anak-anak dalam keadaan gitu.

Tapi takper ini semua tugas Allah dah bagi bantu orang lain untuk sihat. Aku tahu bagaimana perasaan sakit yang perlukan bantuan orang lain. Jadinya lagi cepat customer dapat produk lagi cepat ikhtiar untuk dia sembuh cepat kan. Kita berikan yang terbaik yang lain Allah yang tentukan.

Ada satu kepuasan bila dapat COD barang pada customer ini. Muka seronok dan happy yang diorang pancarkan itu memberi aku rasa seronok dan semangat untuk teruskan tugas aku ini. Lagi best bila dapat feedback pulak dari diorang,dah makin sihat…dah makin kurus…dah makin tenaga…dah makin gembira itu semua membuatkan aku rasa sangat puas hati dan gembira sebab dapat bantu diorang.

Walau apa pun cabarannya, aku suka jumpa orang-orang baru dan membina ukhwah bersama-sama mereka. Inilah satu kelebihan COD ini kita jumpa live customer kita dan boleh consult mereka on the spot. Jadinya bonding bersama customer jadi lebih mesra dan mudah πŸ™‚ Al-maklum manusia ini need human touch baru love mudah nak develop.

Anyway walau apa jenis bisnes transaction pun, semua buatlah dengan ikhlas pasti ada kelainannya. Customer boleh rasa yang kita ini betul-betul nak membantu dia atau sekadar nak menjual. Jujurlah dalam segala bentuk bicara insyaallah Allah bantu dalam segala perkara.

Note : Haa..nak jana income 4 atau 5 angka tak mustahil tau dengan Shaklee ini. Tapi kena berusaha sehabis baik. Kalo dok goyang kaki memang masuk angin keluar asap ler jawabnya. Tengah-tengah boyot ini pun aku redah jugak COD kalo keadaan kesihatan mengizinkan.

Anyway aku ini Pengedar Shaklee mesra alam untuk korang hubungi tau…hahaha…pasti korang gembira dan tersenyum jer sebab aku ini suka gelak…sakit pun hilang bila korang tengok aku gelak.Hahaha..πŸ™‚

Nak produk shaklee dengan cepat?
Nak consultation terbaik?
Nak jumpa Pengedar Shaklee mesra alam?
Nak jadi partner Shaklee aku?
Nak masuk team gembira aku?
Nak guide bisnes dari team yang best?

Haaa…apa lagi korang whatsapp jer lah number aku ini:

013-3331610

Usah risau aku tak makan orang tau..hihihi..πŸ™‚

cod barang shaklee

Destinasi Percutian Idaman

Bestnya topik ini aku rasa dah memang orang yang suka travel bab-bab bercuti memang ler yang aku tunggu-tunggu kan..hihi..

Aku pilih Bali Indonesia sebagai destinasi percutian idaman aku. Korang tau dah 2 kali aku beli plane tiket nak pegi Bali ini tau tapi kedua-duanya kena cancel atas sebab yang tak dapat dielakkan. Sedih sungguh masa tue. Takper adalah hikmahnya tue.

Kenapa aku nak gi sangat ke Bali ini kan. Allahuakbar tempat-tempatnya cantik sangat dan suasana naturenya sangat menenangkan. Aku sangat suka nature sebabnya dapat lihat kebesaran Illahi yang super cantik dan awesome. Allahuakbar. Segala puji bagiNya.Amin.

Moga dapat bawa seisi keluarga bercuti di tempat indah dan cantik ini. Kerana bersama mereka dapat kurasai kebahagiaan menikmati kecantikan ini bersama-sama dan dapat pi golek-golek kat tepi pantai dengan anak-anak. Wah bestnya korang. Aduhai dah terbayang-bayang dah sampai kat sana.

Haaa…soal budget banyak jugak nak kena simpan nie. Dengan flight tiket dan kediaman lagi kan. Apa-apa pun insyaallah dengan izinNya aku sampai ke sini by tahun 2017 nie. Doakan yer.

Owh terlupa pulak dapat ler melawat guru kesayanganku puan Diyana TahirΒ nanti bila pi sana kan..hihi..πŸ™‚

Note : art work kat sana pun cantik-cantik. Owh i love nature and art..πŸ™‚make me blossom from inside.

bali2 bali3 download